Teluk Intan merupakan sebuah bandar di daerah Hilir Perak yang sinonim dengan udang galah. Mana tidaknya, sebahagian dari Teluk Intan di kelilingi oleh sungai yang menawarkan rezeki buat nelayan sungai mencari udang galah serta ikan-ikan air tawar sebagai sumber pendapatan mereka. Di belakang rumah arwah tok ana juga terdapat sungai yang dahulunya arwah tok dan bapa saudara ana pernah memasang belat untuk mendapatkan ikan dan udang. Tapi sekarang ni, sungai tersebut dah tak dapat dikunjungi lagi kerana terputus jalan nak ke sana oleh semak samun dan sebuah parit besar yang dijadikan batas untuk mengelakkan banjir masuk ke kampung kami.Semua itu tinggal kenang-kenangan sahaja nostalgia mandi sungai dan bersampan ke seberang.

Hampir setiap kali balik kampung, ada sahaja udang galah sebagai menu kami sekeluarga. Ini kerana besan mak, Pak Ya iaitu bapa mertua adik ana, sering turun ke sungai memasang  bubu untuk mendapatkan udang galah. Memang besar-besar saiznya.Begitu juga dengan ikan sungai seperti baung, ikan botak atau belida, seluang dan sebagainya memang sedap jika sesekali memakannya.





Menu Dari Udang Galah


Antara menu yang sering di masak apabila ada rezeki udang galah di rumah kami sama ada rendang pedas, masak lemak kuning, sambal tumis atau paling best kami goreng sahaja. Cicah dengan sos Thai, wallaaa!! punya sedap tak sedar habis semangakuk udang galah. Udang galah ni rasanya manis dan isinya besar mengikut saiz. Harga udang galah boleh mencecah sehingga RM60 sekilo mengikut pasaran. Nak menyiangnya pun kena tahu caranya. 





Cantik tak mangkuk mak ana tuuu??Dah lama minta tapi mak kata mak masih nak guna , tak dapat lah nak tambah koleksi pinggan mangkuk lama ana...Haha sempat selit cerita mangkuk antik mak ana tu ye.Cuba korang tengok udang galah goreng kami hari tu, besar dan gemuk kan..memang puas hati lah bila mengadapnya.

Bagi yang singgah ke Teluk Intan, jangan lupa mencuba pelbagai menu udang galah yang disajikan dibeberapa restoran yang ada di bandar Teluk Intan ni. Maaf sangat sebab ana memang tak pernah makan di mana-mana restoran menjual udang galah sebab kami makan di rumah sahaja :) Cuma kena tahu harganya dahulu sebelum menjamu selera, kemungkinan harganya agak mahal. Waallahu a'lam.




Tuu diaa empat ekor udang galah gergasi yang dijadikan replika udang galah terletak di tepi sungai di bandar Teluk Intan. Jika korang datang dari Jalan Changkat Jong, replika ini terletak di sebelah kiri, seberang bangunan HSBC Bank tu. Ana pernah juga terbitkan entri jeti udang galah di SINI . Jadi memang amat sinonim lah jika berkunjung ke Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan ni, selain dari menara condongnya, udang galah merupakan tarikan utama juga disini. 

18 Comments

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. kalau gi teluk intan, makan kat rumah kak ana jelah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau kak ana ada sana boleh laa Sal hihi :)

      Delete
  3. suka makan udang... mengancam betul udang kak ana tu..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. pasti terliur suki, udang galah katakan :)

      Delete
  5. wah!! sedapnya! lama tak makan udang galah! kena cepat2 cari ni. kat melaka ni, biasa beli dekat area sungai timun je. hehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga ye kat melaka udang galah ni ejoy :)

      Delete
    2. ehh..ada tau..besar-besar tau..hahahhaha..jangan marah ya kak ana..

      Delete
    3. wow okay dah tu, senang la nak makan udang galah :) bakar ejoy sedapp ")

      Delete
  6. omg! udang galah....
    feveret.
    tapi aida x bleh makan udang lebih dari 3 ekor skali makan.
    alergi idung resdung melampau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OO ada syarat ye aida, memang kalau tak tahan alahan udang memang boleh elergi nnt

      Delete
  7. Sepupu selalu la ambik udang galah dari teluk intan. Bila tanya, kata dia mancing kat sana, tapi haram tak pernah ajak pun. Ingat nanti nak lepak mancing udang galah la kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungai Teluk Intan ni kalau kena musim nya memang lubuk udang galah HH :)

      Delete