sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 28 Julai 2016

Inilah Buah Kelubi


Sebut je pasal jeruk kelubi, meremang pipi teringat pada jeruk kelubi yang masam tapi sedap sangat tu. Ana ni memang lah antu jeruk dan asam-asam ni semua. Walaupun gastrik sering kali menyerang dan membadai isi perut, tak pernah serik-serik makan asam-asam ni. Nak buat macam mana, dah itu yang sedap di tekak dan selera kan..tabahlah ana...

Buah Asam Kelubi


Kita sembang kisah buah kelubi pula kali ni, nak tak?? Ana yakin ramai yang tak kenal rupa paras buah kelubi, dan kalau pernah jumpa tu mungkin keliru sebab buah kelubi ni lebih kurang sama dengan buah salak.Cuma beza dari segi saiz, warna dan rasanya.Ana sendiri dah berpuluh tahun tak jumpa buah kelubi, tetapi baru-baru ini, ana jumpa di pasar tani, Teluk Intan, ambil gambar dan jadikan sebuah entri disini.Mana tahu berguna buat mereka yang tercari-cari info kisah buah kelubi ni kan...semoga bermanfaat..





Buah kelubi bersaiz kecil-kecil lebih kurang sebesar  buah kundang.Kulitnya bila cukup masak berwarna merah gelap dan seperti bersisik sama macam buah salak.Tetapi kulit kelubi lebih lembut dan senang dikoyakkan dari kulit buah salak ni. Pokoknya seperti pokok kelapa sawit tu, cuma ia rendang dan kebanyakkannya tumbuh di kawasan berair atau berpaya. Dulu pokok kelubi ni memang terdapat dikampung ana, di Teluk Intan. Namun kini dah pupus dah sebab sungai belakang rumah tu telah dipisahkan dengan sebuah batas yang tinggi dan panjang untuk megelakkan limpahan air banjir masuk ke kawasan perumahan kampung kami.


Buah kelubi ni, memang tak mungkin lah mampu di makan mentah sebegitu sahaja kerana rasanya ya amatlah masam.Ngilu terus kalau cuba menggigit buah kelubi. Semasam maksimum rasanya. Oleh itu, buah kelubi lebih gemar dijeruk dan dimakan sebagai jeruk kelubi.Haa...hat tu ana suka, bagi sebalang pun boleh habis. Lepas tu pandai-pandailah menanggung gastrik dan sakit perut yer.. :)


kredit foto: Google Image


Kenalkan jeruk kelubi? Sedap... Selalu di jual dipasar  malam atau dipasar awam. Ana difahamkan kebanyakan jeruk kelubi yang dijual disini datangnya dari negara jiran. Memang tak baik untuk kesihatan jika dimakan selalu atau dalam kuantiti yang banyak sebab ia mengandungi bahan pengawet. Berpada-padalah kan. 

18 ulasan:

  1. Sedapnya kalau buat jeruk kelubi ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan norma, ngilu2 pun sedap je :)

      Padam
  2. SA membesar dengan jeruk kelubi...uish..sebut je terliur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan SA, terliur je bila terbayang jeruk kelubi ni

      Padam
  3. Buah kelubi mmg x pernah tgk. Tp jeruknya mmg selalu mkn.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha hari ni dah dapat tengok kan cik La :)

      Padam
  4. Biasa dipanggil buah asam paya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. OO ye ke, baru tahu..terima kasih atas perkongsian Mazlan Othman, belajar sesuatu yang baru hari ni :)

      Padam
  5. Suka makan asam ni...macam tu rupa buahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah itulah rupa parasnya Qhaifa Nur :)

      Padam
  6. kenal sangat kak...(telan ailio) dedulu time kekecik selalu beli jeruk ni...seposen 3 biji...kunyah dengan kulit2 sekali (telan ailio lagi) selalu beli sampai beringit2 tapi kakak sy punye duit la...memang dia pon yg selalu suh beli...sy tumpang makan je...kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi Malinda..sekali telah dengan kulit tu, ganeh ampa naa :)

      Padam
  7. alamak! terbaca pulak pagi-pagi ni. dah terasa nak makan. dah lama sangat tak makan jeruk ni. ish!! sedapnya...

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi, asal baca je teringin..macam-macam ejoy ni kan hihi :)

      Padam
  8. Balasan
    1. tu la SS yang masam yang suka tuu hihi :)

      Padam
  9. Adoi... terngiur bila teringat jeruk kelubi

    BalasPadam