sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 15 Julai 2016

Sambal Tempoyak Petai


Masakan ni ana pelajari resepinya dari arwah mak mertua ana dahulu. Ianya juga antara masakan kesukaan suami ana, yelah resepi air tangan ibunya kan. Dan sebagai isteri, kita wajiblah belajar masakan kesukaan suami ni, jadi bila dia rindukan masakan arwah ibunya, boleh lah kita sajikan buatnya , tak gitu.. 

Kebetulan semasa dalam perjalanan balik raya yang lepas, akhir Ramadan, kami melalui jalan lama ikut pekan Sungkai.Banyak orang menjual petai dengan mata yang besar-besar di sepanjang jalan. Kami singgah dan beli seikat RM5, banyak juga dalam enam papan semuanya. Sampai di rumah, ana masakkan untuk sajian berbuka puasa di akhir Ramadan 1437H bersama keluarga.Bila mencubanya, adik, adik ipar dan mak ana pun suka dengan resepi ni. Wahh.. suka ai tau...Meh ana nak kongsikan resepi masakan sambal tempoyak petai ni dengan pembaca www.anajingga.com,


Sambal Tempoyak Petai




Bahan-bahan Sambal Tempoyak Petai


Petai - buang kulit dan dibelah dua
Tempoyak - kalau masam tak perlu banyak, kalau tempoyak baru sedap buh banyak biar pekat.
Ikan bilis - bersihkan dan belah dua
Bawang merah - dalam 3-4 ulas
Cili api - ikut citarasa masing-masing
Serbuk kunyit
Garam
Sebatang serai di ketuk
Minyak untuk menumis
Air untuk mencairkannya

Cara-cara masak sambal tempoyak petai :


Mula-mula ana tumiskan serai, cili api dan bawang merah yang di tumbuk tidak terlalu lumat.
Masukkan petai dan ikan bilis. 
Masukkan tempoyak dan tambahkan air bila ia mula mengering.
Campurkan sedikit serbuk kunyit untuk memberikan warna agar tidak terlalu pucat.
Masukkan garam dan biarkan sehingga mendidih.
Jangan lupa tambahkan air sedikit demi sedikit jika tidak sambal akan terlalu kering dan hangus. Hasilnya sambal tempoyak ini akan menjadi pekat juga dan boleh dicolek dengan ulam-ulaman jika mahu. 

Selamat mencuba satu lagi resepi ibunda dari Pahang Darul Makmur :)

16 ulasan:

  1. uih nampak simple je nak buatnya. cuma takut bab tempoyak tu. takut silap buat kang jadi masam terlebih lak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amy, kalau tempoyak masam kurangkan dosnya hihi :)

      Padam
  2. aduihh terliurnya..sedap sangat nih

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Haa nani orang Pahang mesti pernah rasa kan, sedap kan nani :)

      Padam
  4. Sesuai untuk peminat sambal tempoyak.
    Simple jer kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. gabungan serasi meletop tu mrs A :)

      Padam
  5. Akak!!!!
    Menyelerakan...
    Kebetulan ada tempoyak & petai kak oii.
    Mcm mau buat nih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi Aida sambal mereka di dalam kuali :)

      Padam
    2. Lom buat lg kak. Weekend ni in shaa Allah...

      Padam
    3. nanti hupdate blog naa :)

      Padam