sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 19 Julai 2016

Tudung Saji Tradisional Melayu Lama


Dah lama sebenarnya ana mencari tudung saji tradisional atau salah satu alatan tradisional Melayu lama ni. Kalau di Perak ni, kami panggil 'sangei'. Tudung saji fesyen lama ni semakin hari semakin pupus di telan arus permodenan. Mungkin dah tak relevan lagi dengan genarasi muda masa kini, namun ana sebagai pencinta khazanah Melayu Klasik, teringin sangat untuk memiliki koleksi peribadi sendiri suatu hari nanti,dengan izinNya jua. 

Berhari raya ke rumah keluarga adik ipar ana, Julia Alisya di Taman Karentina baru-baru ni, ana terpandang sepasang tudung saji lama atau sangei' ni di dinding rumah Makcik Lamah. Tertarik sungguh dan ana abadikan gambarnya sebagai kenang-kenangan disini.

Tudung Saji  atau Sangei'


sangei


Ini lah salah satu tudung saji tradisional Melayu lama yang tergantung di dinding rumah Makcik Lamah. Cantikkan, ada seni hiasan yang bermotifkan bunga yang menjadikannya amat unik dan tradisi. Jika dahulu, tudung saji ini menjadi satu keperluan di setiap rumah untuk menutup sajian makanan yang terhidang diatas tikar atau meja makan. 


Masih ana ingati, mak ana sendiri memiliki beberapa buah tudung saji lama sebegini. Pelbagai warna dan corak motif bunga yang cantik-cantik menjadi pilihan mak. Biasanya hiasan pada tudung saji ini, dibuat daripada tali rafia berwarna-warni yang diisi kapas didalamnya membentuk motif bunga. Tidak kurang juga guntingan  kain baldu yang dijahit pada badan tudung saji.

Tudung saji lama kalau tidak salah ana diperbuat daripada anyaman daun mengkuang. Dibentuk rangkanya daripada raut buluh kemudian di alas cantik dengan kain satin berwarna sebelum didekorasi dengan pelbagai motif bunga-bungaan.Lama benar ana tidak melihat pelbagai koleksi tudung saji yang cantik sebegini.



sangei


Dari tinjauan maklumat yang ana perolehi daripada rakan-rakan di Facebook ketika ana menanyakan di mana boleh ana perolehi semula tudung saji lama sebegini, ramai yang mengatakannya ia ada dijual di Kampung Gajah atau Kuala Kangsar,Perak. In shaa Allah, jika ada rezeki ana, pasti akan menjadi koleksi peribadi suatu hari nanti. Memang teringin sangat nak memilikinya. 

Kebanyakan rumah masa kini, tidak lagi memilih tudung saji sebagai pelindung sajian makanan. Kita lebih gemar menggunakan tudung saji dari plastik yang ringan dan murah di pasaran. Tudung saji kini  menjadi salah satu alatan tradisional yang semakin dilupakan. Terpulanglah pada setiap individu itu sendiri untuk memperingati pelbagai alat-alat kegunaan tradisi Melayu lama sebagai tinggalan khazanah peradaban lama.Waallahu a'lam ..

14 ulasan:

  1. Dulu selalu nampak orang buat perhiasan kat dinding rumah. biasanya rumah kampung la. sekarang macam dah susah nak nampak, mungkin tudung saji ni dah masuk dalam kategori rare! hehe..

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ejoy semakin rare dah sekarang ni .

      Padam
  2. Ohh sangei. Baru tahu dekat Perak tu namanya. Hehe. Unik kan benda benda lama ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah nani di Perakdipanggil sangei :)

      Padam
  3. Assalamualaikum,
    tang mana nak cari dah benda ni...dah jadi benda rare ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam anyss, diberitahu ada di jual di Kampung Gajah dan Kuala Kangsar ,Perak :)

      Padam
  4. dulu masa opah saya muda2 dia buat tudung saji ni...lepas tu dia juga buat tempat alas periuk..guna lidi je..kami panggil lekar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup D, lekar kak ana ada lagi lekar tu buat alas periuk panas..

      Padam
  5. Ya Rabbi...lamanya tak nampak tudung saji tradisi ni..Dulu2 awal tahun 70an rumah kak ada tudung saji jenis ni. Masa tu semua org duk tengah 'mengamuk' beli..tiap rumah pasti ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama tu kak Mala hih, betul dulu mak saudara ana ada jual dari rumah ke rumah tikar mengkuang dan tudung saji ni :)

      Padam
  6. Umah aida guna yg plastik.
    kat umah baru nanti nak beli yg trasisional la.
    baru la bangkitkan mood dolu-dolu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan aida, tapi nak cari tu payah dah :)

      Padam
  7. Lama tak tengok tudung saji gini.. barang lama yang sangat tradisional..

    BalasPadam