sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 12 Ogos 2016

Bunga Melur Kuntuman Desa




Bunga Melur

Sangat sinonim dengan desa tercinta. Mekarnya putih berseri di halaman rumah namun mewangi setaman.Sering dikaitkan dengan sifat sederhana pada kelopak melur ini seperti tercoret didalam bait-bait lagu Bunga Melur nyanyian seniman dan seniwati negara suatu masa dahulu. 

Inilah istimewanya bunga melur. Putih, suci, bersih, namun harum menjadi suntingan untuk disimpan dan bukan untuk hiasan jambangan. Amat sinonim jika dikaitkan dengan keayuan seorang gadis desa di zaman silam. Terpelihara dengan sifat pemalu yang menjadi idaman hati sang teruna untuk menyuntingnya. Banyak berkisar tentang nostalgia peradaban Melayu Lama, kuntuman Melur diibaratkan mekarnya si dara jelita.

Begitulah seharusnya sifatmu wahai gadis Melayu. Biar cantik di pandang mata, namun harum memikat jiwa. Bersederhana dalam segala tingkah agar terpelihara maruah terjaga. In Shaa Allah.

Lirik Lagu Bunga Melur


Dihujung sana tempatmu bunga melur
bukan di taman yang indah bunga melur
hanya disudut halaman tiada menghiasi
jambangan indah permai

Tapi warnamu yang putih bunga melur
tandanya suci dan murni bunga melur
walaupun ditiup debu warnamu dan baumu
tetap memikat kalbu

Ibarat gadis desa 
bunga melur sederhana
walau kering tak bercahya bunga melur
baumu memikat jiwa

Semoga sabarlah dahulu bunga melur
ada disuatu ketika bunga melur
masanya akan menjelma
disanjung dan dipuja oleh gadis remaja

12 ulasan:

  1. Bunga melur ni buat Cik Nad teringatkan mak..mak Cik Nad suka beli bunga melur then letak dalam almari baju..nak kasi wangi katanya..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah ye ke, menariktu cik Nad, betullah bunga melur ni memang wangikan

      Padam
  2. x pernah dgr lagu ni.. hehe

    BalasPadam
  3. Bunga kegemaran arwah mak..kak sentiasa ada pokok ni di rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ye kak mala, tu lah mak ana pun suka :)

      Padam
  4. Bunga melur seperti sudah dilupakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekadar hiasan dilaman desa tercinta :)

      Padam
  5. Dulu2 masa kat kampong arwah nenek ada tanam sebatang...sekarang ni tinjau2 gak pokok bunga melur kat nursery bunga tapi bau dah x seharum dulu..nape ek kak...pokok tut barangkali

    BalasPadam