sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 22 Ogos 2016

PEGASUS FLORIST - Syurga Bunga Lavender


Lavenders blue, dilly,dilly
Lavenders green,
If you love me, dilly, dilly
I will love you...


Terbayang-bayang lagi keindahan filem fairy tales Cinderella yang ana tonton tahun lepas dipawagam. Ibu Cinderella menyanyikan untuknya di loteng dengan pemandangan indah sebuah perkampungan Inggeris lama. Bunga Lavender amat sinonim dengan keindahan desa di Eropah. Bertuahlah mereka yang telah pernah menjejak kaki melihat serta menikmati sendiri keindahan bumi Eropah dengan musim bunga Lavender yang berkembangan malahan harum mewangi. 

Namun, di Malaysia kini juga kita boleh sahaja memiliki kuntuman bunga Lavender asli dari bumi musim sejuk ini. Malah ana sendiri mempunyai serangkai bunga Lavender menghiasi sudut kamar tidur dan harumannya masih menerjah di setiap ruang kamar. Di mana ana dapatkan kuntuman Lavender ni? Jom ana kongsikannya di ruang indah ini....



Serius...cantik kan?? Inilah dia serangkai bunga Lavender asli yang menghiasi malah memberi keharuman kepada setiap ruang kamar tidur ana. Biarpun ianya sekadar bunga Lavender kering, namun ia masih berbau wangi. Kuntuman biru yang halus ini sesuai dengan tema hiasan bilik tidur dengan ciri Country English. Setiap hari ia menyegarkan dengan harumannya yang menusuk jiwa. Inilah seikat bunga Lavender dari Pegasus Florist.

PEGASUS FLORIST



Ana letakkannya di satu sudut di atas sebuah chest-drawer untuk memberikannya satu impak yang agak kedesaan Inggeris di sana, berpadanan dengan wall paper bertemakan English Cottage yang minimun. Bagi yang meminati seni hiasan rumah ala Inggeris, atau ingin menghadiahkan kuntuman kering Lavender yang wangi ini kepada insan-insan tersayang, boleh sahaja dapatkan  secara online di laman web mereka di sini :- www.pegasusflorist.com




Pegasusflorist.com merupakan satu-satunya pusat jualan online khusus untuk bunga Lavender kering yang asli. Ia boleh di dapati dalam bentuk ikatan, bouquet, gubahan bunga, sebagai hadiah atau cenderhati, aksesori, kad ucapan, bunga pengantin dan sebagainya. Layari sahaja ke laman web yang ana berikan di atas dan pilihlah pelbagai jenis dekorasi dan rangkaian bunga Lavender pilihan anda.

Selain daripada laman web, anda juga boleh melihat pelbagai pilihan bunga Lavender di Pegasus Florist menerusi,


atau 



kredit foto: FB Pegasus Florist


Tak rosak ke jika membeli bunga Lavender secara online ni? Percayalah memang tak akan rosak dan kita akan menerimanya dalam keadaan yang baik. Seperti mana ana sendiri menerimanya melalui kiriman Poslaju beberapa minggu lepas.Ini kerana ia di isi di dalam kotal plastik dan di bungkus rapi oleh Pegasus Florist dan sampai ke tangan pembeli dengan serangkaian bunga Lavender yang amat harum.

kredit foto: FB Pegasus Florist


Usah berlengah lagi, jika inginkan kelainan dalam memberikan hadiah buat insan yang tersayang atau sekadar memenuhi minat untuk mendekorasi ruang rumah dengan cara yang lebih unik dan berbeza, kunjungilah Pegasus Florist di laman-laman sosial yang ana nyatakan di atas, buat pesanan dan mereka akan menghantarkan terus ke destinasi yang di tuju. Khas buat peminat bunga yang paling wangi di alam semesta ini iaitu Lavender, Pegasus Floristlah tempat yang ana gelar sebagai syurga bunga Lavender.



16 ulasan:

  1. wow mcm best je...suki mmg gemor bau lavender

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom terjah website pegasus florist Suki, macam-macam lavender ada :)

      Padam
  2. Terima kasih ana kerana berkongsi maklumat.. akak pun suka dengan lavender.. nanti jalan2 sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama SS, sesuatu yang sangat unik untuk dimiliki, singgah laa di mana-mana media sosial Pegasus Florist ni kay ")

      Padam
  3. Sangat cantik dan rasanya harga pon cantek la tu ..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik SP, jangan risau terdapat pelbagai pilihan harga mengikut bajet kita di Pegasus Florist ni :)

      Padam
  4. Cantik Ana. memang terserlah ciri keinggerisannya. Kak pun suka bunga kering jenis ni..malah bunga ni pun dalam senarai percubaan untuk ditanam biji benihnya. Projek english herbs. Coming soon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah tak sabar nak tengok hasilnya nanti Kak Mala, lavender mekar di halaman kak Mala , aamiin :)

      Padam
  5. Kita suka sgt bunga lavender ni
    Bau best...calm ja bila bau tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan alia, kak ana pun suka sangat mendamaikan :)

      Padam
  6. biasa kalau gini tahan berapa lama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sehingga hari ini dah hampir dua ketiga minggu masih wangi lagi Zulhilmi:)

      Padam
  7. Balasan
    1. ianya bunga kering lavender asli zulhilmi, bukan bunga segar :)

      Padam
  8. lisa pun ada.. mmg wangi .. jimat lak tu . tkperlu beli ubat nyamuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan lisa sayamms wangi je bilik tidur kita kan :)

      Padam