Alhamdulillah, inilah di namakan rezeki. Minggu ni dua-dua belah jiran memberi buah-buahan pada ana. Jiran sebelah kanan berbangsa Cina memberikan sebiji buah cempedak dan Man sebelah kiri rumah pula menghantar 3 biji durian. Inilah yang dinyatakan, rezeki ni bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, namun pelbagai lagi yang harus kita syukuri nikmatNya.

Bila ada buah cempedak, Adik Ika awal-awal dah pesan, ibu ..adik nak goreng cempedak ye..Memang itu antara makanan kesukaannya lah, cempedak goreng.Pernah satu ketika, sewaktu dia masih kecil, merajuk sakan, menangis bagai sebab kak long habiskan cempedak gorengnya. Sejak hari itu, kalau ada orang jual cempedak goreng, ana pasti akan membelikan untuknya.Hari ini, ana nak kongsikan satu cara yang sering ana gunakan untuk mendapatkan hasil gorengan cempedak yang ranggup dan enak. Jom teruskan pembacaan di www.anajingga.com.




Cara menjadikan cempedak goreng ranggup


Kalau setakad menggoreng cempedak semua orang tahu kan?? Tapi kali ini ana nak berkongsi cara untuk menjadikan cempedak goreng kita ranggup dan sedap di makan. Mudah sangat, tak ada unsur-unsur plastik ye, macam yang pernah diviralkan segelintir masyarakat yang kurang bijak dalam ilmu sains tu. 




Dah nama lagi goreng cempedak kan, mestilah kena ada ulas cempedaknya.Kalau nak goreng pisang, sukun, keladi atau keledek pun kaedahnya sama sahaja.Tak perlu dah membeli tepung goreng ranggup, kita dah boleh terus menggorengnya di rumah dengan bahan campuran tepung yang dibancuh.




Jadi, rahsianya hanya pada bancuhan tepung yang digunakan untuk menggoreng. Ana belajar petua ini dari arwah ibu saudara ana, Wan Esah. Ramuan tepung bancuhannya ialah tepung gandum, sedikit tepung beras (dengan nisbah 3:1) lebih kurang, secubit garam dan sebelum membancuhnya dengan air, masukkan sedikit minyak masak ke dalam campuran tepung. Kemudian barulah masukkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan tekstur bahan yang kita kehendaki.Tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat.




Sadurkan pada isi cempedak dan goreng dalam minyak yang panas. In Shaa Allah akan mendapat hasil gorengan yang ranggup tepungnya. Nak lagi krup-krup, kena makan panas-panas kay. Jangan sampai melecur sudah. Selamat mencuba .... :)

29 Comments

  1. Sedapnya cempedak goreng..tp SA x leh makan cempedak...aemput terus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang tak tahan makan cempedak ni SA, berangin kan

      Delete
  2. Rezeki kak ana ,,syukurlah,, wani trngok dekat mydin cempedak rege rm 8 sekilo..buat masa sekarang x makan lagi hii, dah trntu kalo cempedak mesti nak goreng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah wani, sini pun mahal gak rm6-7 sekilo

      Delete
    2. aida beli kat mydin. x masak langsung!
      muda belia lagi cempedak.
      da peram pun masih x masak.
      hmmm sedih!!! serik beli lagi.

      Delete
  3. owhh..kena letak minyak dalam tepung tu..hehehe..terima kasih yer kak ana..:)

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ececeh ye ke nak goreng cempedak ni ejoy :)

      Delete
  4. ooohhh...cempedak goreng.. boleh try cara kak Ana ni..tq ey.. :)

    ReplyDelete
  5. kak Ana... lama saya cari petua ni tau.. tq kak ana share petua ni.. lepas ni boleh lah cuba 😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. lia cuba dulu e,kalau okay update kat blog :)

      Delete
  6. Sedapnya cempedak goreng Ana ..
    Boleh cuba petua Ana ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba laa CH, kalau ana buat ALhamdulillah memang rangup

      Delete
  7. Oh! macam tu caranya nanti boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  8. cempedak goreng memang feveret ky. mkn mentah pun lagi sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah KY ana pun cempedak tahan lagi makan mentah,kalau nangka semput nanti hihi :)

      Delete
  9. Wahh paling nikmat makan time petang2 ni... mmg feveret saya ni kak... :) :)

    ReplyDelete
  10. Baru ni pun goreng cempedak..dr kebun FIL
    Bolelah try petua nk sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah selalu kak ana buat memang gareng tepung dia Qhaifa

      Delete
  11. adoi Kak Ana !!! tengah ngidam cempedak goreng ni...
    tidakk !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..mahal kan kalau beli cempedak goreng laa ni CT

      Delete
  12. sama dgn petua mak.
    semlm mak goreng sukun.
    carik tepung beras.
    takde plak kat umah aida ni.
    mak frust!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian mak, kenapa tak pii belije aida hihi :)

      Delete