sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 2 Ogos 2016

QISA BEAUTY - AGEN PERFUME ARTIS TERKENAL




Matahari by Sheila Rusly, Precious by RCW, Adorable by Rita Rudani....antara jenama perfume atau wangian yang amat laris dan terkenal dari beberapa selebriti tempatan kita. Ramai wanita di luar sana telah pun memilikinya dan berwangian seharum inspirasi dari artis-artis wanita tersohor masa kini. Sememangnya perfume merupakan satu kemestian untuk kita berasa yakin dan selesa bila berada di luar rumah sambil melakukan aktiviti seharian.


Namun pasti ada yang masih tercari-cari di mana hendak memiliki atau membeli kesemua haruman yang viral di media sosial sejak mula dilancarkan lagi ni? Atau dalam bahasa mudahnya, di mana boleh membeli perfume dari artis-artis popular ni? Erm..jangan risau, jangan gundah gulana..dengan adanya online shop masa kini, kesemua jenama perfume popular tersebut pasti sampai ke depan pintu rumah kita dengan sekali menghubungi ejen yang sah yang bakal ana ceritakan selanjutnya disini. Pastinya dari Qisa Beauty....

Ajen sah menjual perfume artis popular




ajen perfume artis



Bagi mereka yang memiliki akaun Instagram, boleh sahaja klik di SINI seperti di dalam foto di atas.Pelbagai detail pelbagai perfume dari artis-artis ada dipamerkan disini. Juga terdapat tawaran harga yang awesome di waktu-waktu tertentu.Jadi kenalah following Qisa Beauty untuk mendapatkan update terkini dari mereka kan, rugi tau... tak follow.

Tetapi untuk mereka yang tidak memiliki akaun Instgram jangan sedih kay... korang boleh juga mendapatkan pelbagai koleksi perfume artis kita ni melalui akaun Facebook Qisa Beauty ni di SINI .Mudahkan cuma perlu LIKE page QISA BEAUTY dan senang untuk mendapatkan info serta pelbagai tawaran harga disana.

Paling cepat, paling mudah nak membuat sebarang tempahan atau pertanyaan Whatsapp atau SMS sahaja terus kepada admin di nombor talian :019 900 9213


Baru-baru ni, ana sendiri mencuba tiga haruman selebriti tanahair iaitu Matahari by Sheila Rusly, dan dua perfume dari Che Ta iaitu Preciuos by RCW dan juga Gorgeous by RCW. Ketika encik poslaju serah je parcel tu dah bau dah betapa wanginya ketiga-tiga perfume ni.

Perfume MATAHARI by Sheila Rusly 




Minyak wangi MATAHARI by Sheila Rusly merupakan sebuah hadiah dari aktres Sheila Rusly buat peminat dan penggemar minyak wangi. Bauannya tahan lama sehingga dua belas jam malahan mesra wuduk atau halal dibawa solat. Jadi tak perlu was-was lagi dengan wangian yang boleh dibawa solat ini.Dari segi harga, amat mampu milik dengan sebotol 30ml boleh tahan lebih lama kerana tak perlu sembur banyak, ia amat wangi dengan sekali semburan sahaja. Cubalah....

Harga sebotol MATAHARI by Sheila Rusly : RM 43.00

Precious dan Gorgeous by RCW





Siapa tak kenal Che Ta ni kan, memang saja laa.. Dan semua pun tahu tentang dua wangian inspirasi di bawah label by RCW iaitu Precious dan Gorgeous. Kedua-dua haruman ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Maklumlah dah citarasa atau taste Che Ta kita pastilah yang bertaraf diva dan bintang glamour gitu kan..Lihat sahaja dari penampilan yang anggun seorang primadona setiap kali kemunculan Che Ta, begitulah gambaran wangian dari by RCW ni.

Sesuatu yang istimewa tentang wangian Gorgeous ni ia memiliki tiga steps wangian iaitu :

Top notes  - Blackcurrant

Centre notes - Floral (jasmine & may rose)

Base notes - Vanila & Patchouli

Secara ringkasnya ia mengandungi tiga haruman dalam satu semburan, hebat kan..

Harga Gorgeous by RCW : RM 43.00






Precious by RCW..erm ini memang amat precious sangat bila kita memakainya sepanjang hari. Wangian yang amat memikat dan menggoda. Bukan nak goda orang lah kan..cuma kita sendiri akan berasa yakin sepanjang hari.Satu semburan penuh dengan kemewahan buat si pemakainya serta tahan lama bak kata Che Ta ' Smell like a star'... suka kan!!


Mengambil inspirasi haruman Rose + Vanilla + Musk

Sebotol Eau De Parfum 20ml di dalam botol yang cantik dan ekslusif.Ciptalah saat-saat indah setiap hari dengan Precious by RCW.Harga : RM 27.00 







Jadi buat penggemar mengumpul minyak wangi dan ingin sendiri memiliki serta memakai pelbagai perfume dari artis-artis popular di Malaysia,jangan lupa ke link-link yang ana sertakan diatas atau hubungi terus ajen sah mereka di nombor yang telah ana tuliskan di atass.Yakinilah ketiga-tiga minyak wangi MATAHARI by Sheila Rusly, Gorgeous by RCW dan Precious by RCW adalah HALAL dan boleh dibawa solat. Alhamdulillah.



4 ulasan:

  1. kalau pakai wangian baru rasa yakin diri sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan terasa lebih yakin bila berada di public

      Padam
  2. amboi semua nak ada perfume sndiri heheh..

    BalasPadam