Baru-baru ini, ana menerima tawaran untuk satu job review di blog. Agak menarik untuk ana terima apabila salah satu tawarannya ialah memberi cetakan beberapa keping gambar secara percuma. Pihak pelanggan memberikan saiz untuk cetakan gambar yang bakal di email kan kepada mereka. Terkial-kial lah ana nak tahu saiz sebenar hasil cetakan gambar tersebut bila di terima nanti. Apa lagi...minta bantuan Encik Google kita lah. Dan akhirnya ana dapat tahu juga saiz sebenar ukuran kertas standard yang wajib kita ketahui. Sebagai rujukan ana di masa depan atau yang sedang mencari maklumat yang sama,disini ana kongsikan semula.

Kredit sumber dari http://thebestsppq.blogspot.my/2012/09/saiz-saiz-kertas-lukisan.html

Saiz Standard Kertas



Kalau dari segi ukuran yang senang untuk kita jadikan panduan adalah seperti di bawah :


SAIZ
TINGGI   X   LEBAR   (mm)

4AO
2AO
AO
A1
A2
A3
A4
A5
A6
A7
A8
A9
A10

2378 x 1682 mm
1682 x 1189 mm
1189 x 841 mm
841 x 594 mm
594 x 420 mm
420 x 297 mm
297 x 210 mm
210 x 148 mm
148 x 105 mm
105 x 74 mm
74 x 52 mm
52 x 37 mm
37 x 26 mm


Selain dari saiz kertas, ana juga terjumpa info mengenai saiz-saiz standard gambar cetakan. Ianya biasa disebut dengan huruf R, contohnya 3R, 4R jadi saiz cetakannya nanti adalah seperti berikut:


Saiz-saiz Gambar


kredit sumber : http://muktasim.com/saiz-gambar/


Saiz gambar


Dari segi ukuran kepada unit cm dan inci adalah seperti dibawah :

3R = 8,89 x 12,7 cm = 3,5 x 5 in
4R = 10,16 x 15,24 cm = 4 x 6 in
5R = 12,7 x 17,78 cm = 5 x 7 in
6R = 15,2 × 20,3 cm = 6 × 8 in
8R = 20,32 x 25,4 cm = 8 x 10 in
S8R = 20,3 × 30,5 cm = 8 x 12 in
10R = 25,4 x 30,48 cm = 10 x 12 in
S10R = 25,4 × 38,1 cm = 10 × 15 in
11R = 27,9 × 35,6 cm = 11 × 14 in
S11R = 27,9 × 43,2 mm = 11 × 17 in
12R = 30,48 x 39,37 cm = 12 x 15,5 in
S12R = 30,5 × 46,5 cm = 12 × 18 in
16R = 40,64 x 50,8 cm = 16 x 20 in
20R = 50,8 x 60,96 cm = 20 x 24 in
24R = 60,96 x 80 cm = 24 x 31,5 in
30R = 75 x 100 cm = 30 x 40 in


Mudah kan, pasni kalau orang bagi je saiz kertas dah boleh agak dah besar mana. Erm...kadang-kadang bukan semua benda kita tak perlu ambil tahu, bila tiba satu keadaan secara tidak langsung kita dapat belajar sesuatu yang baru setiap hari.Semoga bermanfaat suatu hari nanti, Waallahu a'lam..


10 Comments

  1. info yg bagus dan berguna..tq k.ana..

    ReplyDelete
  2. aah betol tu. time terdesak je baru kita nak ambil tahukan. hehe

    ReplyDelete
  3. Wah informasi yg menarik ni anaJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat satu hari nanticikgu etuza

      Delete
  4. yg selalu sy buat dulu masa buat artwork ni adalah flyers size A5 iaitu separuh saiz A4.. haha itu je yg ingat.. ingat A5 ingat separuh A4..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik nie kak ana..

    ReplyDelete