Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Jangan mencipta alasan untuk tidak kelihatan cantik. Setiap dari kita dilahirkan ke dunia ni, memiliki keistimewaan dan kecantikan semulajadi. Tak perlu nak cantik seperti orang lain, jadilah diri sendiri dengan penuh sifat keindahan seorang wanita yang cantik disisiNya, di mata suami dan di kasihi seisi keluarga. Di usia muda remaja ibarat bunga yang sedang mekar mewangi, namun ia tidak akan kekal. Anda, saya...wanita yang kian hari usia kian meningkat, namun usah gentar kerana usia hanya bilangan detik waktu yang telah kita jalani sebagai hambaNya di atas muka bumi ini. Dan yakinlah dengan sedikit usaha, mencari disebalik yang tersembunyi, anda tetap wanita yang cantik di setiap peringkat usia anda. 




Nak cantik? Nak kelihatan cantik perlulah ada usaha.. bak kata pepatah Melayu, tunggul kayu tu kalau dihias juga pasti akan kelihatan cantik, ini kan pula wanita. Di masa kini, terdapat pelbagai produk dipasaran, mungkin ada satu yang sesuai dengan anda, wanita di luar sana. Namun sebagai salah satu lagi langkah untuk menjaga kecantikan dan tubuh badan wanita, kunjungilah Spa dan Pusat Kecantikan yang ada kerana disana ada pakar yang akan merawat dan menjaga kecantikan wajah dan tubuh wanita. Hari ini, ana kongsikan sebuah Spa dan Butik Kecantikan di tempat kelahiran ana sendiri Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Khas buat wanita-wanita di Teluk Intan, jom singgah manjakan diri di SZ BEAUTY CARE.



SZ BEAUTY CARE, TELUK INTAN


Kita wanita ni selalunya memang nak kelihatan cantik bak primadona, ada yang nak cantik macam Che Ta, macam Erra Faizra, macam Marian Rivera dan sebagainya. Kadang-kadang beli dah pelbagai produk di pasaran tapi akhirnya sekali jalan sahaja. Sebab apa..sebab tak berdisplin dalam menjaga penjagaan dan atas kesibukan diri sebagai wanita yang bekerjaya, sibuk dengan urusan rumahtangga akhirnya tinggal angan-angan sahaja untuk cantik.Faham sangat sebab ana sendiri pun sebegitu, cuma penjagaan asas kecantikan tu memang ana patuhi agar wajah tidak lebih tua dari usia, In Shaa Allah. 

Spa dan pusat kecantikan adalah pilihan yang ada untuk kita wanita mendapatkan rawatan wajah dan tubuh badan. Di Teluk Intan ni, boleh lah kunjungi SZ BEAUTY CARE AND BOUTIQUE. Ada dua cawangannya di sekitar bandar. Pelbagai pakej rawatan tubuh dan wajah wanita disediakan disini sperti rawatan wajah (facial) , rawatan mandi susu, lulur badan, urutan aromaterapi, sauna, rawatan resdung dan sebagainya. Amat sesuai untuk gadis yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan serta ibu yang baru lepas bersalin untuk mengembalikan kesegaran dan kecantikan tubuh badan.




Berikut adalah antara pakej rawatan yang ditawarkan di SZ BEAUTY CARE TELUK INTAN :



Jangan lupa menjadi sebahagian dari ahli SZ BEAUTY CARE TELUK INTAN ini kerana anda akan diberikan tawaran harga yang berbeza untuk ahli. 




Berilah peluang kepada wajah dan tubuh anda dijagai dan di rawat oleh mereka yang mahir dalam bidang kecantikan ini. Jadikannya sebagai reward untuk diri sendiri dan hasilnya pasti kita akan kembali segar dan bertambah yakin untuk meneruskan urusan seharian.

Jadi wanita-wanita jelita di Teluk Intan khususnya, yang masih tercari-cari di mana hendak mendapatkan rawatan Spa dan Kecantikan untuk bakal pengantin, ibu yang lepas bersalin serta seluruh wanita yang amat menjaga kecantikan tubuh badan kunjungi segera Spa dan  Pusat Kecantikan SZ BEAUTY CARE TELUK INTAN menerusi nombor yang disertakan di bawah :


Talian Telefon : 019-224 6060 atau 010-773 1572

Whatsapp : 0111- 674 5082

Atau kunjungi terus ke salah satu cawangan di Bandar Teluk Intan di alamat berikut :



SZ BEAUTY CARE
NO 42-G, JALAN INTAN 4,
BANDAR BARU TELUK INTAN,

36000 TELUK  INTAN,
PERAK



SZ BEAUTY CARE
LOT NO:6. ARKED MARA,
JALAN AH CHEONG,
36000 TELUK INTAN,
PERAK.

Waktu perniagaan : 
Isnin-Jumaat : 9.00am-6pm
Sabtu : 9.00am-5:30pm
Ahad (Cuti)


7 Comments

  1. wah bagus ni...lama dah tak ber spa...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kena juga rewards diri sendiri kan wahida

      Delete
  2. Seronoknya kalau dapat pergi spa
    :)

    ReplyDelete
  3. Macam best je...
    Raya cina ada buka ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat diHati boleh whatsapp no di atas utk pertanyaan dan appointment ye :)

      Delete