sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 24 September 2016

Buah Tampoi


Buah Tampoi






Balik Teluk Intan minggu lepas semasa menghantar Kak Long balik kampus, suami ana singgah Sungkai nak beli petai di tepi jalan, Dia ternampak longgokan buah tampoi dan terus membelinya. Suami kata nak bagi anak-anak merasa sebab tak pernah jumpa budak-budak ni.Kami pun beli lah sekilo berharga RM5 sahaja. Bawa balik Teluk Intan sampai rumah baru makan.

Ana pun pernah sekali je merasa semasa di Kuala Pilah dahulu. Rasanya tak lah sedap sangat, manis-manis buah gitu. Ia seperti buah manggis, kulit tebal dan ada ulas dalamnya berwarna putih. Bila makan kena telah dengan bijinya sekali. Lagilah anak-anak ana tak minat. Orang kata jangan tak merasakan.

Ana difahamkan buah tampoi ni sejenis buah hutan. Ada macam-macam panggilan untuk buah ini, mengikut daerah masing-masing. Mak ana panggil buah ni buah larah katanya. Jadi kalau terjumpa buah warna oren slow ni kulit keras bertongkol-tongkol inilah dia buah tampoi ye... :)

10 ulasan:

  1. ingatkan buah "seto" tapi nampak lain .. bukan lah tu .. tak pernah makan jugak ni hiii.. banyak lagi buah hutan yang tak kenal

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkinjuga buah seto yang wani kenali tu, sebab lain tempat lain panggilannya kan :)

      Padam
  2. Balasan
    1. ramai juga yang tak mengenalinya At-Tarmizi :)

      Padam
  3. Balasan
    1. betul tu WP, lain tempat lain gelarannya kan :)

      Padam
  4. Balasan
    1. haha buah kecapi lak ye GL, macam-macam nama kak ana dapat tahu hari ni:)

      Padam