Semalam 31hb Ogos 2016 semua pasti tahu merupakan tarikh keramat buat kita warga negara Malaysia tercinta merupakan Hari Kebangsaan yang ke 59. Alhamdulillah, sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan semoga negara kita bertambah makmur dan sentiasa di dalam lindungan Allah swt. Seluruh tanahair mengadakan sambutan perayaan Kemerdekaan khasnya di bandar-bandar utama di setiap negeri.Memang meriah dan pastinya perarakan menjadi salah satu acara wajib setiap tahun. 

Dalam banyak-banyak sambutan kemerdekaan semalam, pasti yang mencuri tumpuan ana ialah sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan. Ana sangat peka bab-bab negeri Perak ni, maklumlah bumi bertuah kelahiranku.Dalam melihat foto-foto dan di kaca tv semalam, pastinya teruja nak kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com ialah terselitnya wajah comel Puteri Kesayangan Rakyat Perak, YM Raja Nazira Safya, puteri DYMM Paduka Sultan Perak, Raja Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.




YM Raja Nazira Safya kelihatan memakai sepasang baju kurung sambil melambaikan bendera Jalur Gemilang disisi kedua ayahanda bondanya. Subhanallah, comel sangat. Beberapa keping foto puteri diraja Perak ini pernah ana kongsikan di SINI , tahun lepas sekitar majlis pertabalan Sultan Perak yang lalu. 









Turut berangkat sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Shahar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Shah, Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.



Kredit foto:www.peraktoday.com.my


12 Comments

  1. Memang comel sgt ..mewarisi kecantikan bonda dia ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan norma, mewarisi kecantikan ayahanda bonda nya

      Delete
  2. Replies
    1. tu laa faizah, jumpa je foto YM Raja Nazira mesti AJ nak abadikan nya di blog dan IG..suka sangat dengan kecomelan puteri comel ni :)

      Delete
  3. Kemain lagi dia kibarkan jalur gemilang tu.
    Muka serius aje.

    ReplyDelete
  4. Comel. Tp mmng si comel ni, dalam apa2 pun mjlis yng diikuti sntiasa menjadi perhatian rmai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pasti menjadi tumpuan kan dengan keletahnya

      Delete