Cuti Hari Kebangsaan lepas, suami dengan Adik Ika request nak makan laksa. Anak jati Perak macam ana ni, paling khatam masak laksa utara je la. Walaupun ana suka juga makan laksa Johor dan laksam Pantai Timur, tapi bagi ana paling senang nak buat ialah laksa utara. Lain orang lain caranya kan dan kali ini ana kongsikan cara masak laksa utara paling mudah dan sempoi sangat. 




Laksa ni yang paling utama nak sediakan hanyalah kuahnya sahaja. Lain orang lain resepinya, kalau ikut cara ana, ana selalunya masak kuah asam laksa ni menggunakan dua jenis ikan iaitu ikan pelaling dan ikan sardin. Kalau dapat ikan sardin segar tu memang sedap, tapi kadang-kadang tak ada jadi ana gantikannya dengan ikan sardin tin sahaja. Barulah kuahnya terasa manis, masam dan pekat.


Cara nak masak kuah laksa


Ikan ni ikutlah banyak mana keperluan anda. Tengahari tu ana masak sepuluh ekor ikan pelaling dan satu tin kecil sardin sahaja. Bersih dan rebuskan ikan. Kemudian perisikan isi ikan maksudnya asingkan isi dan tulangnya seelok mungkin. Bimbang tercekik tulang bila di makan anak-anak nanti.




Tulang-tulang atau rangka ikan tu jangan buang sebaliknya masukkan ke dalam blender tambah air dan kisar halus. Kemudian gunakan penapis santan halus dan tapis air dari kisaran tadi.




Untuk bahan-bahan kuah asam laksa ni, ana menggunakan beberapa ulas bawang merah, serai, belacan jika suka (ana tak makan belacan jadi tak letak), ditumbuk seketika. Kenudian masukkan ke dalam periuk bersama lebihan air rebusan ikan tadi (tapis juga untuk mengelakkan tulang), air tapisan tulang ikan tadi dan juga isi ikannya. Masukkan cili giling dan sedikit serbuk kunyit agar warna tidak terlalu pucat. Didihkan kuah sehingga masak. kemudian bolehlah perisa kan dengan garam, beberapa keping asam keping untuk memberikan rasa masanya, bunga kantan dan daun kesum sebagai penambah aroma.




Dah siap kuah laksa bolehlah kita mencelur laksanya pula. Laksa ada dua jenis,laksa kering dan juga laksa segera.Laksa kering ni kita perlu rendam dahulu sebelum di celur atau rebus. Biasanya ana menggunakan laksa basah sahaja sebab lebih mudah hanya perlu celur untuk di makan.





Dan untuk aksesorinya ana biasa menggunakan daun pudina, timun yang dihiris, cili potong, bawang besar dan telur rebus.




Okay siaplah laksa utara versi anajingga.com. Jom melaksa kita !!

10 Comments

  1. terliur pulak.. lama x pekena asam laksa..hii ..tak tahu bila nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la wani sesekali kembali teringin nak makan laksa, nak puas kena buat sendiri kan :)

      Delete
  2. di pagi buta raya ni, cik ana buat saya lapar pulak.. huhu dah lah tak dapat balik raya, berkelana plak kat sini.. sape nak buek laksa ye haaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa..soryyy GL , berkelana ke sini di pagi raya rupanya :)

      Delete
  3. Asalam..teman blog selamat hari raya ya...maafkan jika pernah menyakiti hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam cikgu ETUZA, salam aidil adha juga dari AJ :)

      Delete
  4. Ya Allah terliurnya tengok laksa kak Ana :D

    ReplyDelete