Dunia masa kini, segalanya hanya di hujung jari. Segalanya cepat, mudah dan tak perlu ke mana-mana untuk membeli-belah.Cari sahaja mana-mana laman web shopping online yang ada, pilih apa yang diidamkan, buat pembayaran dan tunggu sahaja depan pagar. Beberapa hari akan sampailah barang yang dibeli di depan pintu rumah. Mudah sangat kan. Cuma yang menjadi sedikit kesukaran pada mereka yang tidak mempunyai perbankan internet, macam ana, suri rumah ni,agak sukar sedikit apabila perlu ke bank untuk mendepositkan wang ke akaun pembayaran.

Namun, baru-baru ini, ana tidak perlu gusar lagi kerana kini, ana didedahkan dengan kaedah atau cara pembayaran yang paling mudah untuk pembelian secara online. Tak perlu lagi ke bank tetapi cuma kunjungi 7Eleven yang berhampiran sahaja. Lebih mudahkan. Malahan pembayaran juga boleh dibayar mengikut jumlah tepat tanpa perlu penggenapan. Percaya tak?? Jom ana kongsikan pengalaman tentang pembayaran untuk pembelian online di MOLPay menerusi 7Eleven sahaja,




Eh!! Kenapa tiba-tiba ana tayang gambar alat solek pula ni? Kata nak cerita pasal kaedah pembayaran secara MOLPay? Ermm...tunggu, ceritanya macam ni, baru-baru ni, ana ditawarkan untuk membeli belah secara online di sebuah laman web jualan kosmetik terkemuka di Malaysia ni. Kat mana tu? Tak lain tak bukan di www.hermo.my . Kalau nak tahu, disinilah lubuk emas untuk kaum wanita membeli belah pelbagai produk kosmetik berjenama antarabangsa dan tempatan dengan pelbagai tawaran harga yang menggoda jiwa raga.

HERMO.MY



Masuk sahaja ke laman web ni, rambang mata.Semua ada dari penjagaan wajah hingga lah ke alat-alat solekan atau kosmetik dari dalam dan luar negara. Harga yang ditawarkan juga memang berbaloi-baloi. Last-last sangkut juga dua set Maybelline Eye Shadow Pallete The NUDES diatas tu. Satu untuk Kak Long, satu lagi untuk Adik Ika. Tu laa..kalau masuk sahaja ke Hermo.my ni tak sah kalau tak shopping,nama lagi perempuan kan, kosmetik dan wanita berpisah tiada. 




Dah habis shopping kat Hermo.my ni, meh ana sambung kisah kaedah pembayaran yang paling mudah dengan MOLPay ni pula. Mudah sangat khasnya buat mereka yang tidak memiliki akaun perbankan internet atau kad kredit, kini semua orang boleh membuat pembayaran belian online di mana-mana website terpilih dengan kaedah MOLPay ni. Beli dan bayar di mana-mana cawangan 7Eleven terdekat yang mempamerkan logo MOLPay seperti di bawah ni.




Biasa tengok kan logo MOLPay ni di mana-mana 7Eleven kan. Boleh lihat nya di pintu masuk 7Eleven dan di kaunter pembayarannya. Apa itu MOLPay ?

MOLPay Cash 




MOLPay merupakan rangkaian pembayaran untuk belian online diserata Asia Tenggara.Ia berkolaborasi dengan rangkaian kedai serbaneka 24jam utama iaitu tak lain tak bukan 7Eleven. Buat masa ini, hanya cawangan 7Eleven terpilih di sekitar Lembah Klang sahaja yang mempunyai kolaborasi dengan MOLPay tetapi di dalam masa yang terdekat tidak mustahil satu hari nanti MOLPay akan terdapat  di semua rangkaian 7Eleven diseluruh negara.MOLPay adalah cara pembayaran yang mudah, cepat, dan selesa.



BAGAIMANA CARA PEMBAYARAN MELALUI MOLPay DI 7ELEVEN ?


klik untuk besarkan gambar

Berikut ana kongsikan bagaimana cara ana menggunakan kaedah pembayaran secara MOLPay ketika membeli belah di Hermo.my baru-baru ini:


1. Masuk ke laman web Hermo.my kemudian shopping apa yang diingini sehinggalah ke ruangan CHECK OUT dan pilih kaedah MOLPay untuk pembayaran.

2.Ambil foto untuk mendapatkan maklumat transaksi seperti Transaction ID, Verification Code dan Jumlah Bayaran.

3. Pergi ke cawangan 7Eleven berhampiran dengan logo MOLPay yang ana tunjukkan di atas tu.

4. Nyatakan pada juruwang anda ingin membuat pembayaran secara MOLPay.

5. Tunjukkan Transaction ID dan Verification Code anda.

6. Buat pembayaran dan anda akan diberikan dua resit, satu dari MOLPay dan satu lagi resit 7Eleven.

7. Selesai dan tunggu sahaja barang yang di pesan sampai ke tangan anda semua.Mudahkan.


Untuk keterangan lebih lanjut dan mendaftar sebagai ahli sila ke klik sini :- www.molpay.com/v3/cash


Kelebihan MOLPay sebagai medium pembayaran online :


Klik untuk besarkan gambar

Mudah dan berbaloi kan jika kita memilih kaedah pembayaran menerusi MOLPay di 7Eleven. Dan khas untuk pembaca blog www.anajingga.com , ana nak hadiahkan voucher RM5 untuk setiap pembelian dengan pembayaran MOLPay di Hermo.my. Jangan lupa masukkan kod voucher dibawah.


 ( HMOLPAYCASH05 ) 

Voucher valid sehingga 31 Disember 2016
Untuk sekali sahaja untuk setiap pembelian
Tidak sah untuk kod promosi
Masukkan kod voucher ketika check-out


Wahh!!Jelaskan..lepas ni senang dan mudah dah nak membeli belah secara online dengan adanya kaedah pembayaran MOLPay. Bolehlah singgah ke Hermo.my sambil cuci mata dan kalau ada yang berkenan beli dan bayar di 7Eleven berhampiran anda...Happy Shopping Everyone :)

22 Comments

  1. oh kiranya tak semua 7e ada molpay ea kak ana..
    kena tgkla area yui ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni di sekitar lembah klang yui, satu hari nanti pasti semua outlet ada rasanya :)

      Delete
  2. oo...patut la ada logo ni masa masuk 7E..nak try jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Siti,ada dipaparkan di pintu masuk dan kaunter juruwang 7E

      Delete
  3. Menarik ! 7e pun ada je dekat depan ni hah senang lah nanti. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nani, memudahkan bagi mereka yang shopping online untuk membuat pembayaran :)

      Delete
  4. baru tau sebab jarang singgah 7e

    ReplyDelete
  5. Apa bezanya dengan bayar guna online.??.macam menyusahkan je sebab kena pi 7eleven pulak..ke saya yang tak paham ni??hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. DR, MOLPay memudahkan urusan mereka yang TIDAK mempunyai akaun perbankan internet atau kad kredit, dalam erti kata lain, tak perlu ke CDM di cawangan bank kerana bayaran boleh dibuat hanya di 7E, kalau ada perbankan internet dan kad kredit tak perlu khidmat MOLPay ni lagi.. :)

      Delete
  6. Macam btambah 2/3 kerja pula nk bayar di 7eleven tu..ke saya yg tak faham ni? huuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. EJ,
      MOLPay memudahkan urusan mereka yang TIDAK mempunyai akaun perbankan internet atau kad kredit, dalam erti kata lain, tak perlu ke CDM di cawangan bank kerana bayaran boleh dibuat hanya di 7E, kalau ada perbankan internet dan kad kredit tak perlu khidmat MOLPay ni lagi.. :)

      Delete
  7. Dah try jugak guna MOLPay Cash ni..senang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Fieza, memudahkan urusan mereka yang tidak punya perbankan internet dan kad kredit :)

      Delete
  8. skrg ni on9 je semua yeaa...ehh...Assalamualaikum..lama xbertandang kt blog k.ana dan bloger2 lain kebelakangan ini,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam SHa, sama lah kak ana pun jarang ada kesempatan untuk blogwalking kebelakangan ni :)

      Delete
  9. Kalau beli barang kat lazada....macam mana nak buat...boleh bagi info tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat kan kod bayarannya Fadilah, printskrin dan bawa ke 7elevan dan buat bayaran melalui Molpay :)

      Delete
    2. Kalau screenshot x leh ke?

      Delete
  10. Bagi yang masih tidak jelas cara pembayaran dgn molpay di 7E, boleh ke link ini: http://www.anajingga.com/2017/05/shopping-lazada-bayar-di-7eleven-dengan.html
    (Step by step cara pembayarannya berserta gambar )

    ReplyDelete