sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 25 September 2016

Riadah Berbasikal Di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur


Macam biasa kalau hujung minggu, ana dan keluarga biasanya akan ke Kuala Lumpur jalan-jalan cari makan sambil pusing-pusing makan angin atau ke mall. Tambahan pula kebetulan Kak Long semesta break seminggu sempena cuti Hari Raya Aidil Adha dan Hari Malaysia yang lalu, ayahnya memang akan bawa keluar makan angin. Lepas makan tengahari kami ke Taman Tasik Titiwangsa sahaja untuk lepak petang tu. Cadangan utama, suami nak cari cendul di situ, kebetulan tak ada pula. Kami pun pusing-pusing makan angin.

Terdapat pelbagai aktiviti riadah disini apatah lagi dihujung minggu macam ni. Kelihatan ramai orang bersama keluarga dan aktiviti yang paling banyak dilakukan disini ialah berbasikal. Apa lagi, Adik Ika nampak je basikal kayuh berdua tu, bukan main bodek ayahnya ajak kayuh. Ibu memang tak lah sebab ana ni memang tak pandai kayuh basikal dari kecil lagi...shyyyy!!! Jangan bagitau sesiapa tau..maluu I :)




Berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa





Tak mahal pun nak sewa basikal di Taman Tasik Titiwangsa ni. Untuk basikal kuning kayuhan berdua di dalam gambar di atas tu sewanya cuma RM20 sejam. Lain basikal lain harganya. Selain itu terdapat juga basikal kanak-kanak, kalau tak salah ana basikal kanak-kanak kecil RM10 sejam. Adik Ika dan ayahnya sewa basikal kuning kayuh berdua tu. Mula-mula payah juga ayahnya nak kawal sebab tak biasa kan, lepas try seketika dan okay dah. Mereka pun mula kan kayuhan pusing satu Taman Tasik Titiwangsa ni.




Hampir setengah jam juga nak habis tawaf satu taman. Sejam mereka berdua dapat lakukan dua pusingan seluruh kawasan taman.Berpeluh gak lah dua beranak tu. Memang luas kan Taman Tasik Titiwangsa ni.Sementara mereka berdua berkayuhan, ana dan Kak Long duk laa keliling kawasan sekitar sambil ambil gambar pemandangan indah sekitar tasik. Kak Long macam biasa selfie sengsorang. Sempat juga melihat beberapa trip helikopter membawa penumpang turun naik. 




Ini antara tarikan terbaru di Taman Tasik Titiwangsa, pengunjung yang berkemampuan boleh menaiki helikopter sambil mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur. Harganya sekitar RM 200 seorang kalau tak salah ana. Sebenarnya ana pernah terima jemputan media untuk cover dan mengalami sendiri pengalaman naik heli secara percuma. Tapi tak ada rezeki nak join sebab pelancaran tersebut pada hari Isnin waktu persekolahan. Kempunan juga laa..:(




Seronok sangat melihat aktiviti riadah sekeluarga di hujung minggu disini. Secara tidak langsung mengeratkan kasih sayang sesama anak-anak. Didalam taman juga banyak food truck dan juga jualan. Sempat jugalah Kak Long dan Adik Ika membeli air dan sengkuang calit sambil lepak-lepak. Semoga aktiviti sihat sebegini dapat dilakukan secara kerap sebagai riadah di hujung minggu. Terbaik...




6 ulasan:

  1. Ni la aktiviti kami sekeluarga kak ana....kalu ayah depa dapat off hujung minggu....seronok la kasi anak2 main basikal..jenuh gak la nak kayuh....penat...anak2 dok belakang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. menarikkan Pa, aktiviti hujung minggu disini :)

      Padam
  2. everytime datang sini tak pernah tak lengang. meriah semacam je.. (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu GL, ,meriah dengan pelbagai aktiviti keluarga di hujung minggu :)

      Padam
  3. Lama tak jenjalan sini.. dah ada riadah berbasikal ye sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. adaa Sha, seronok juga bawa anak-anak petang disini kan :)

      Padam