Antara menu kesukaan Adik Ika ialah tauhu. Tak kira lah tauhu bakar atau di goreng memang suka sangat kalau ana masakkan di rumah untuk makan tengahari. Tauhu ni memang banyak khasiatnya khasnya kandungan protein yang tinggi. Jadi elok juga di jadikan salah satu sajian makanan kan. Bak kata Dato DFK, orang jawa ramai yang bijak kerana makan tempe dan tauhu.. haha.. 


Tauhu Goreng dan Sambal Kicap



Tauhu bakar atau tauhu goreng ni sedap di makan bersama sambal kicap. Ada juga yang makan dengan kuah rojak atau sos thai. Terpulang ikut selera masing-masing. Macam ana sendiri, ikut apa yang ada di rumah, kalau ada sos thai, cicah je dengan sos thai. Namun minggu lepas, ana rajin sikit goreng tauhu dan buatkan sambal kicap untuk Adik Ika. Kan main suka lagi habis, tiga ketul tauhu goreng tu dihadapnya sengsorang.

Tauhu goreng ni apabila kita menggorengnya jangan dipotong terlebih dahulu. Goreng seketul sedebak macam tu, hasilnya bila telah siap di goreng, isinya akan kekal lembut dan garing diluarnya. Baru lah enak dicicah kan. Malahan hanya perlu di potong apabila hendak di makan sahaja. Jika tidak tauhu akan keras dan kurang enak di makan apabila ia telah sejuk nanti.

Sambal kicap ni, mudah juga nak disediakan. Cuma tumbuk lumat cili api, mengikut tahap kepedasan masing-masing, masukkan beberapa ulas bawang putih, tumbuk sebati. Masukkan cuka makanan, gula, garam dan kicap manis. Siap. Kalau dah tak ada idea nak masak apa untuk menu tengahari, jom cuba tauhu goreng dan sambal kicap ni kay :)

12 Comments

  1. Biasa SA goreng tauhu..potong2..potong timun..curah dengan sos cili

    ReplyDelete
  2. BLOGWALKING

    https://belogs.blogspot.my/2016/09/segmen-jm-nak-url-blog-1-3september2016.html

    ReplyDelete
  3. simple ja kan...tauhu kalau buat sambal lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah boleh gak arz, tapi adik ika suka goreng macam tu je :)

      Delete
  4. Replies
    1. wah alia boleh laa geng dengan anak kak ana ye :)

      Delete
  5. Antar menu peberet kita gak kak

    ReplyDelete