Cucur Ikan Bilis

by - Friday, October 21, 2016




Cucur Ikan Bilis Simple


Pejam mata je sebenarnya nak buat cucur ikan bilis ni. Tapi nak juga update kat blog picisan ana ni. Sekadar berkongsi kisah seadanya.Dua hari lepas, suami buat permintaan nak makan cucur ikan bilis ni. Katanya lama dah tak makan cucur ikan bilis. Pernah dibelinya di kedai makan di pejabat tiga ketul RM1 tapi tak ada pun ikan bilis katanya. Jadi sebagai memenuhi permintaan suami, ana buatkan jugalah cucur ikan bilis paling sempoi untuk suami tercinta. :)

Resepi cucur ikan bilis sempoi ana ni hanya menggunakan ikan bilis, bawang besar di hiris halus, sedikit daun kucai, tepung gandum, garam dan minyak masak. 




Simple kan, cuma untuk menggaringkan cucur atau sebarang bancuhan goreng ni, ana menggunakan petua arwah mak saudara ana, masukkan sedikit minyak masak ke dalam adunan tepung. Adun semua bahan sebati dan goreng dalam minyak yang panas. Toskan dan sedap di makan panas-panas dengan sos Thai. Apa kata petang nanti korang buat cucur udang makan panas-panas, sedap juga kan :)

You May Also Like

14 comments

  1. Assalam Ana.. memang suka cucur bilis.. baru je lepas breakfast dgn cucur yang ala-ala cucur udang.. saiznya kecil.. habis 8 ketul hi hi.. kalau cucur bilis mahu separuh piring tu habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sedapkan SS makan cucur panas-panas ni :) laju je kan

      Delete
  2. masakan yg paling simple & senang
    >>cucur udang la..sedap sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Zie, cucur udang pun sodap tuu :)

      Delete
  3. KakAna....terliurnya...makan time panas kan.....

    ReplyDelete
  4. tak pernah letak daun kucai, selalu letak kentang, bawang and ikan bilis. sedapnya! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah letak kentang ye, baru kak ana tahu ni sayaiday :)

      Delete
  5. Adoi, terliur pula tengok resepi dari Kak Ana ni. Hehehe!

    ReplyDelete
  6. Sha suka makan cucur nie.. Kalau cicah dengan asam pedas pun best..

    ReplyDelete