sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 8 Oktober 2016

Drama Siri Suri Hati Mr Pilot di Astro


Tak sabar pula nak ikuti drama siri Suri Hati Mr Pilot ni, bila melihat kepada barisan pelakon yang bakal mewarnainya nanti. Bakal bersiaran mulai 10hb Oktober 2016 jam 10 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123 membariskan beberapa nama pelakon popular tanahair antaranya Fattah Amin, Neelofa, Eleena, Alvin Chong, Aleza Shadan dan Nina Juren. Juga merupakan drama adaptasi novel karya Dyla Dyna terbitan Cube Film Sdn Bhd arahan pengarah popular Michael Ang.

Drama Siri Suri Hati Mr Pilot 



Image result for suri hati mr pilot
kredit: Google Image

Pelakon Drama Suri Hati Mr Pilot 


Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Ben Amir sebagai Dr muslim
Eleena sebagai Inara
Alvin Chong sebagai Johan
Mas Khan sebagai Daniel
Azar Azmi sebagai Humaira
Fahad Iman sebagai Rafeeq
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot



Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.


Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.


Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

kredit : http://www.myinfotaip.com/2016/09/suri-hati-mr-pilot.html

Mesti best kan... jom layannnn sambil makan kuaci :)







2 ulasan:

  1. drama ni nampak ada kurang hahhahaha... neelofa cakap english sokmo

    BalasPadam