Sebenarnya itu lah gambaran situasi ana sekarang ni, sama macam si comel tu, mereput depan laptop. Idea satu masalah, sehingga ke hari ni, Alhamdulillah review dan advertorial bersilih ganti. Rezeki tu. Allah swt datangkannya dalam pelbagai bentuk. Tak putus-putus mendapat tawaran job, terima kasih sangat masih tak jemu-jemu menggunakan www.anajingga.com sebagai platform pengiklanan produk. Mudah-mudahan sama-sama kita mendapat manfaat daripada setiap perkongsian.


Tapi bukan mudah sebenarnya bila job non-stop macam ni. Banyak yang perlu diambil kira. Pertamanya trafik, trafik pada ana sangat-sangat penting untuk mempastikan setiap carian berada di muka depan SE. Kalau satu-satu entri tu punyai kunjungan trafik yang tinggi memudahkannya untuk dicari oleh pengguna yang memerlukan produk tersebut. Secara tak langsung membuka peluang dan rezeki buat pengiklan, In Shaa Allah.

Keduanya ana kena pastikan terdapatnya terbitan entri selain job. Yelah maksud ana, selang seli dengan advertorial atau review.Alhamdulillah blog picisan ini ada pengunjung setianya. Sekiranya setiap hari asyik advertorial sahaja, tak mustahil pembaca setia blog akan jemu dan tak nak lagi berkunjung ke sini, kan..ye laa asyik post iklan saja, kalau ana pun cabut.

Semua itu memerlukan internet laa kan untuk menerbitkan sesebuah entri. Dilema ana buat masa ni, kelembapan internet dari hari ke hari. Memang makin hari makin slow sangat. Ana masih menggunakan Streamyx. Beberapa hari ni, ana asyik menerima panggilan untuk menaik taraf kan perkhidmatan internet dari Streamyx ke Unifi. Rata-rata di taman perumahan ni dah bertukar ke Unifi. Mungkin ia salah satu faktor Streamyx ana semakin perlahan. Waallahu a'lam.

Bukan ana tak mahu upgrade ke Unifi, cuma buat masa ni, ana tangguh kan dahulu atas banyaknya komitmen lain yang perlu di dahulukan. Dengan faktor sara hidup yang semakin meningkat, semua itu kena ambil kira. Ye laa selama ni pun boleh sahaja online cuma lately ni yang mencabar sungguh.Nak tak nak menjelang tahun depan kena jugalah bertukar ke Unifi nampaknya. Banyak juga beza yang harus di tanggung.Bertambah lagi laa perbelanjaaan isi rumah.Inilah realiti kehidupan di bandar ni kan. Banyak kos yang perlu di tanggung.



Beza antara Streamyx dan Unifi 

Ana pun mencari beberapa info mencari perbezaan antara Streamyx dan Unifi ni. Dan ana kongsikan semula disini sebagai panduan pembaca yang singgah.Ana sekadar copy paste disini kerana ia melibatkan penerangan teknikal yang bukan bidang ana, bimbang tersalah info.Kredit untuk sumber yang ana nyatakan di hujung entri. 

secara teknikalnya yang membezakan kedua-duanya adalah medium pengantara data yang di hantar dan diterima (send and receive). Unifi menggunakan fiber optik (gentian kaca)sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya menggunakan cooper (tembaga)sebagai medium perantaranya. ini gua maksudkan medium perantara antara premis pelanggan dan last point yang disediakan oleh pihak Telekom lah.

antara sebab kenapa fiber optik dijadikan medium perantara adalah disebabkan penghantaran dan penerimaan data dapat disalurkan dengan pantas. Fiber optik yang bersifat gentian kaca mengurangkan keciciran semasa proses response antara browser dan Server Telekom. Contoh simple je..lu orang ambik touchlight..dan lu orang suluh cermin dan kalau ada periuk nasik tembaga..lu orang suluh sekali. mana satu yang memantulkan cahaya lebih terang. ha..itulah contoh mudahnya. Lagi terang cahaya yang dipantulkan maksudnya lagi kurang lah tahap keciciran data. Cicir di sini bermaksud kelemahan dari segi response antara browser dan Server Telekom. faham?

dan sebab itu pakej Streamyx hanya setakat 4Mbs je. itu pun dah banyak tercicir. kena ambik kira Signal-to-noise ration (SNR)..ok ke tak kadar signalnya..dari premis ke Server Telekom..kena ambik kira Attenuation..kalau test speedtest pun dapatlah 3Mbs plus plus je. kalau dapat lebih dari 70% speed tu kira dah beruntung lah tu..kalau ikutkan pengalaman gua..70% tu dah kira lulus dah..tak sampai 4Mbs pun. dan dari pengalaman gua juga..pernah gua menggunakan pakej Streamyx D.I.Y (sebab port di area rumah gua pihak Telekom tak configure/limitkan kepada had 4Mbs) dan kelajuannya tak jauh beza dengan speed 4Mbs..dapat dalam area 3.8Mbs plus plus je. dan untuk menampung speed yang lebih besar maka Unifi diwujudkan. dari 5Mbs membawa kepada pakej berkelajuan 20Mbs. cicir tetap cicir. tapi skala kecicirannya semakin mengecil comel.

Kredit to : SUMBER

18 Comments

  1. kawasan apartment jue hnya boleh streamyx jer kak ana.. sebab unifi hanya untuk umah landed house.. dah la quota streamyx hanya 1mbps jer.. terkemut2 slow hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa Jue samalah dengan situasi kak ana yang belum upgrade ke unifi ni, bila ramai jiran2 dah upgrade unifi kita yang belum nijadi mangsa keslowan yang amat sangat :(

      Delete
  2. emm..biar la line intenet slow skit,,janji boleh update blog..huhu..btul tu keperluan pnting harus di dahulukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jie kena jadi blogger bersemangat waja kan untuk terus update dalam situasi yang keslowan mencabar jiwa raga ni haha :)

      Delete
  3. alamak..hehehe..ada miou cpmel tu ..penghibur juga tu ya jAna

    ReplyDelete
  4. Malam nanti saya baca.

    Sincerely:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. tulah.. rasa streamyx ni makin lama makin slow... nak tuka unigi jugak.. tapi dalam plan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Zaf nak tak nak kena tukar juga satu hari nanti, bajet2 dulu ni hihi :)

      Delete
  6. Replies
    1. comel kan LA dia pun tak ada idea tu menulis huhu :)

      Delete
  7. rumh zie tak pki stremyx,tp kat rumah mah pki stremyx..dah tu je yg dapt hihi

    ReplyDelete
  8. Sha pakai internet HP je.. hehehe
    Comel lah meow tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat Sha update dengan hp je kan, kak ana tak leh laa Sha, mesti nak guna lappy atau pc juga baru puas ati :)

      Delete
  9. saya baru beli wifi huawei tapi tak tahu nak setup mcm mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa macam mana tu DP, cubalah contact agennya semula kay ;)

      Delete