Malam ni ana duk belek Instagram, terpandang banyak pula ana upload gambar-gambar kuih muih tradisional Melayu.Terfikir, menarik juga jika di rangkumkan sebagai satu entri.Melihatkan entri lama ana, makanan tradisional Malaysia begitu banyak kunjungan trafik sebagai bahan rujukan. Alhamdulillah..semoga ianya satu perkongsian yang bermanfaat buat mereka di luar sana, In Shaa Allah. Jadi kali ini, dari pengalaman dan pengetahuan ana, dipaparkan pula kuih muih tradisional Melayu dari penelitian pengalaman www.anajingga.com :)




Kuih Muih Tradisional Melayu


Selalunya ana membeli kuih muih tradisional ni dari pasar tani atau pasar malam di sekitar BCH ataupun BTP. Kalau yang dah selalu beli tu, dah boleh agak rasanya memang sedap. Kuih muih Melayu ni kebanyakkannya bahan asas adalah santan, kelapa, gula dan tepung beras atau tepung gandum. Teknik masakan pula sering kali di kukus, goreng atau dibakar.

Seperti di dalam gambar ana yang pertama tu, antara yang ada di dalam pinggan tu ialah kuih koci, kuih puteri ayu, kuih ketayap, kuih kasturi dan cengkodok. Kuih koci dibuat daripada tepung pulut dan santan. Intinya kelapa parut dan gula merah, manakala teknik masakan adalah kukusan.

Kuih kasturi tu gelaran yang kami panggil di kampung dahulu. Ia dibuat daripada kacang hijau,di campur dengan sedikit tepung dan kelapa parut kemudian di goreng.Kuih ketayap tu yang bergulung berwarna hijau. Kulitnya dari tepung gandum di layarkan di atas kuali nipis kemudian intinya sama juga kelapa parut dan gula merah. Kalau inti kelapa ni, biasanya di buat daripada kelapa parut muda.Barulah lemak manis. Tetapi agak kecewa juga bila terbeli inti kelapa yang dibuat daripada hampas kelapa, terasa hampasnya, sedihkan... :(




Semalam ana ke pasar malam BTP dan mencari abang yang menjual aneka kuih talam ni. Kuih talamnya memang sedap, cukup lemak dan rasanya. Harga untuk lima potong kuih talam cuma RM2 sahaja. Ada pelbagai kuih talam yang dijualnya.Kalau di Teluk Intan, kami panggil tepung talam :) Ana membeli kuih talam keladi yang berwarna ungu putih tu, manakala yang berwarna hijau kuning tu talam suji. Ditengah-tengah berwarna coklat tu ialah kuih kole kacang. Sedap tu juga dibuat daripada tepung kacang hijau.Haa...yang dalam kelongsong pandan tu ialah kuih tako, bukan tepung pelita tau.Beza kuih tako dan kuih tepung pelita ialah kelongsongnya. Kuih tako kelongsongnya dari daun pandan dan terdapat butiran isi sengkuang cina, tetapi kuih tepung pelita diisi di dalam kelongsong daun pisang.




Ini pula namanya kuih cucur jawa.Macam mana nak buatnya ana memang tak tahu.Tahu makan sahaja. Tapi dari rasa, sedap. Ada rasa tepung beras, kalau tak salah lah dan ianya di goreng.Kena tanya orang yang pakar tentang kuih cucur jawa ni untuk kepastian.




Ini kuih kesukaan ana, tak lain tak bukan kuih putu perak. Memang sedap sangat. Dibuat daripada tepung beras, ada inti kelapa di tengahnya dan ianya dikukus. Kalau balik Teluk Intan, jumpa sahaja di pasar tani atau digerai jualan kuih muih di Kampung Bahagia, pasti ana beli dan makan untuk melepas rindu dendam, gitu :)




Ini pula pertama kali ana rasa kuih pulut dakap namanya,menurut penjual kuih orang Kelantan. Kuih ni macam kuih pulut panggang cuma di bungkus dua keping dalam satu ikatan maka di panggil pulut dakap agaknya. Menurut orang pantai timur, kuih pulut dakap ni ada yang inti kelapa dan ada yang inti pisang. Yang ana makan ni intinya kelapa. 




Ini pula kuih bakar, sedap kan... Kuih bakar ni rasanya macam kuih bingka juga laa. Tepung gandum, telur dan santan.Lagi lemak lagi sedap.  




Ni walaupun bentuknya sama, tapi yang ini ialah bingka labu. Sedap lemak manis rasanya. Ini sahaja lah yang sempat ana kongsikan beberapa keping foto kuih muih tradisional Melayu yang ana selongkar dalam Instagram. Kalau ada fakta yang salah tu, memang kerana ana bercerita dari pengalaman sahaja. Ada yang ana tak pernah cuba masak kan nya pun. Selalunya ana beli sahaja kuih muih tradisional Melayu ni kerana anak-anak tak berapa minat nak makan.Jadi lebih jimat beli kan. 

4 Comments

  1. semua kuih feveret ni..sedapnye...

    ReplyDelete
  2. Kuih tradisional kegemaran saya. Paling best pekena putu dakap dengan kopi panas

    ReplyDelete