sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 2 Oktober 2016

Minum Petang Orang Kampung



Salam Maal Hijrah 1438H buat semua pengunjung setia www.anajingga.com. Alhamdulillah masih dalam keizinanNya untuk ana terus menulis dan berkongsi kisah di ruang sepi ini bersama pembaca yang tidak jemu singgah menyapa mahupun silent reader. Terima kasih atas jalinan ukhuwah antara kita. Petang-petang cuti ni, lapar pula rasa perut. Nak ke dapur menggoreng juadah , kemalasan pula melanda jiwa ragaku. Terpandang gambar di dalam galeri yang pernah ana kongsikan di Instagram dan FB beberapa hari lepas, kembali menyingkap nostalgia silam.




Roti kaya cicah kopi O, inilah antara menu minum petang zaman kanak-kanak ana suatu ketika dahulu ketika di besarkan di kampung halaman, Teluk Intan, Perak. Roti kaya dengan sapuan mentega dan calitan sekaya kami panggil di kampung ketika itu bukanlah lembut dan gebu seperti sekarang. Rotinya tebal dan keras bahagian atasnya garing. Sebab apa, sebab ianya roti benggali haha.. :)'


Tahu tak apa itu roti benggali? Golongan muda sekarang ni mungkin ada yang tak tahu agaknya. Roti benggali ini digelar sebegitu kerana di buat dan dijual oleh orang Benggali atau Pakistan. Mereka datang ke rumah-rumah menaiki motorsikal dengan kotak kayu dibahagian belakang motornya. Bila berhampiran rumah, mereka membunyikan hon dengan bunyi pet!pet! sebagai tanda jualan roti.

Ada dua jenis roti yang biasa di jual dahulunya, sama ada roti kaya atau roti inti kelapa parut. Itu jelah pilihan yang ada. Ana dahulu tak suka sangat makan roti benggali ni, bukan apa sebab kulitnya keras dan tebal, kalau makan tak habis, memang kena marahlah dengan mak.Membazir katanya. Dari kena marah baik lah tak payah makan kan..masa tu kan kanak-kanak Ribena.. macam-macam perangai.

Ini lah antara pilihan menu minum petang yang ada masa tu.Kalau tak makan roti benggali, cicah kopi O dengan biskut empat segi atau kami panggil dahulu, roti masin. Zaman tu biskut pun panggil roti, sekarang ni roti masin tu cream cracker. Atau pun roti kapai, hat tu lagi tak sedap, tawar habis haha.. :)

Kalau mak rajin, biasanya petang-petang mak masak cucur. Paling kerap cucur nyor, atau cucur kelapa yang dicicah dengan gula. Kalau ada pisang, mak goreng pisang atau buat cekodok. Itulah antara menu minum petang kami anak-anak kampung suatu masa dahulu. Kini segalanya tinggal kenang-kenangan. 

Anak-anak sekarang memang banyak rezeki dan pilihan yang ada.Roti pun sedap dan lembut semuanya. Biskut terdapat macam-macam pilihan perisa, coklat, mentega kacang dan sebagainya. Sapuan pula ada cream cheese, butter, jem, coklat dan lain-lain lagi. Kami dahulu tak banyak pilihan. Hendak tak nak hadap lah juga kan.. Alhamdulillah dengan cara itulah mak dan abah membesarkan kami sebagai penyambung generasi mereka.

12 ulasan:

  1. WP panggil roti bai.
    Kalau beli, baru belah utk sapu kaya dan mentega.
    Nostalgia gitu.

    BalasPadam
  2. dulu memang setiap ptg ada je org pakistan jual ais krim tapi sekarang x de dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa kisah dulu2 ni kan ketika di kampung halaman :)

      Padam
  3. Memang nostalgia roti ni kan.
    Kalau ade pakistan lalu depan rumah, confirm ramai yg tahan.
    Kitorang yg budak-budak ni siap kejar lagi.
    Tskkk.. Meriahnya zaman dulu.
    Sekarang, nak keluar rumah main sekejap pon takut.
    Huhu.
    Saya sukakan roti manis warna-warni tu.
    Petang2 wajib makan tau. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu GL. nostalgia sangat masa kecil2 dahulu :)

      Padam
  4. rindu nak makan cucur,.... makan pisang gorengpun best

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Siti, cucur makan panas-panas cicah gula sedapnyaa :)

      Padam
  5. assalamualaikum ana...betul tu jadi nostalgia semuanya...seronok bila teringat zaman kanak2 dulu...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, semua tu dah jadi nostalgia kan :)

      Padam
  6. Ana...kak masih ingat roti inti Nyok zaman kak kecil2 dulu. Sebiji sekupang. Bentuk dia lonjong. Kalau belah buh sekaya kena tambah lima duit...sedap tak terkata. Mana dah nak ada roti mcm tu sekarang..inti dia campur gula merah..eiii..sedap sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha lima duit ye Kak Mala, nostlagia semua tu kan :)

      Padam