Balik kali ni memang kejap sangat. Kami bertolak dari Rawang dalam jam 3:30 petang Khamis tu, selepas Adik Ika habis persekolahan, kemudian terus ke kampus UiTM Tapah, ambil barang-barang Kak Long dan teus balik ke Teluk Intan. Cadangnya nak balik juga malam tu, tapi ada urusan Kak Long yang belum selesai di kampus dan kami terpaksa datang semula esok paginya. Jadi bermalam lah semalaman di Teluk Intan. Esoknya, Jumaat , terpaksalah Adik ponteng sehari dari sekolah. Kami balik selepas sarapan pagi bersama mak dan abah kerana Adik akan masuk kelas tusyen sebelah petangnya nanti.

Apa yang menarik yang ingin ana kongsikan disini kali ini ialah sarapan pagi kami pagi Jumaat tu. Sebungkus nasi lemak dengan rendang kerang yang ana beli di salah sebuah gerai di Bazar Nanas, Kampung Selabak, Teluk Intan. Cuba korang tengok gambar tu, 'mengancam' tak?





Nasi Lemak Rendang Kerang di Teluk Intan


Nasi lemak dengan lauk rendang pedas kerang ni ana beli untuk sarapan kami sekeluarga pagi tu. Tak sempat nak masak dan menyusahkan mak, suami ajak ana ke Bazar Nenas di Kampung Selabak Luar tu tak jauh dari rumah untuk mencari sarapan. Terpandang sebuah gerai di luar kompleks Bazar ni sepasang suami isteri sedang menjual juadah sarapan. Kami singgah dan ana lihat ada rendang pedas kerang.Laju je lah order sebab kalau di Rawang ni memang payah dah nak jumpa sebab harga kerang yang kian mahal kini.

Ana bertanya kan harganya dan kakak yang menjual tu bagitahu nasi lemak dengan rendang kerang dan telur mata ni RM3.50 sahaja. Mashaa Allah..murahnya. Dan rendang kerang yang diberikan cukup banyak dengan isinya yang besar-besar. Tak berkira kakak ni berniaga, Alhamdulillah. Semoga bertambah murah dan berkat rezekinya lagi, Aamiin.

Sedap, memang sedap rendang pedas kerang kakak ni. Terasa sangat bahan-bahannya. Kenyang kami makan sampai tengahari. Jauh beza jika di banding kan dengan sebungkus nasi lemak sambal kerang yang ada di jual di sekitar BCH atau Kuala Lumpur yang sering kami beli sebelum ini. Kebanyakkan gerai tepi jalan menjual nasi lemak berlauk sekitar RM5-RM6 . Lebih mengecewakan lauk yang diberi sikit sangat. Mungkin begitulah keadaannya perbezaan antara kehidupan bandar dan kampung.Harga yang terpaksa kami terima untuk makan dan kadang-kadang lebih mengecewakan apabila harga yang di bayar tak setimpal dengan rasanya.

Andainya ada yang teringin dengan sebungkus nasi lemak rendang kerang yang ana beli ni,kalau korang berada di sekitar Jalan Changkat Jong, carilah gerai di tepi jalan masuk ke Bazar Nanas ni. Bukan gerai tepi jalan tau, kiosk berbumbung tu depan kompleks Bazar Nanas.Ada dua kiosk di situ, kiosk yang pertama tu seorang kakak menjual sarapan pagi. Ada juga mihun goreng dan kuih muih. Cubalah sendiri kay. Memang berbaloi, murah dan sedap. 

16 Comments

  1. Mengancam nasi lemak rendang kerangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha rendang kerang memei feveret kak ana hihi :)

      Delete
  2. Replies
    1. Betul tu NN murah, banyak dan sedap, Alhamdulillah

      Delete
  3. Replies
    1. Yup!! Memang berbaloi-baloi , Alhamdulillah

      Delete
  4. Memang murah la Ana...selalu kerang tuu orang letak ciput saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Kak, kadang-kadang takut je peniaga nak buh kerang, yelaa kerang pun mahal sekarang ni kan, tapi kat Teluk Intan mungkin tak semahal harga di KL dan Selangor ni agaknya.

      Delete
  5. adoi!! sedapnya..kena datang teluk intan ni. hehehe.

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  6. uish sedap nya sis :D terliur da pagi2 ni
    https://mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Murah sangat ni, nampak menyelerakan betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Nani, murah sangat kan, sedap lak tu

      Delete