Once Upon A Time -Dakwat Pen Pilot

by - Saturday, October 22, 2016





Dakwat pen Pilot ini, ana temui di satu kedai barang-barang lama atau antik di bandar Rawang tidak lama dahulu. Mengimbaskan semula kenangan di alam persekolahan suatu masa yang lalu. Dahulu ini lah dakwat pen yang pernah ana gunakan di sekolah.Fountain pen dan juga dakwat jenama Pilot.Wajib kami miliki ketika era tersebut.




Pen ni kena isi dakwatnya setiap kali habis.Tarik tiub dalam pen dan sedut dakwatnya. Ada ketikanya pen ni rosak dan mula lah tumpah dakwatnya keluar. Selalunya bucu bekas pencil terkena lah tumpahan dakwat pen.


Image result for fountain pen
kredit Google Image

Ada dua warna dakwat yang kami gunakan waktu itu, biru dan hitam. Mata pen ni memang runcing dan sangat cantik menghasilkan tulisan sambung atau cursive handwriting. Berbeza dengan sekarang pelajar cuma menggunakan ball pen atau pen mata bola.

Inilah antara kenang-kenangan ana ketika zaman persekolahan dahulu. Banyak lagi kisah yang akan ana ceritakan kelak jika diizinkan Nya hari demi hari diperjalanan waktu yang bakal dilalui nanti.Era yang jauh berbeza jika dibandingkan kisahnya dahulu dan sekarang. Catatan yang boleh dijadikan imbasan masa silam, sejarah perjalanan hidup yang tak bisa di ulang.

You May Also Like

8 comments

  1. Sama la kita. Guna pen dakwat ni juga, dan tulis guna tulisan sambung, masa sekolah rendah dulu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni rasanya dah tak guna pen ni kan yati :)

      Delete
  2. Abah sha suka pakai pen macam nie.. Tapi sekarang susah nak cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual kut Sha, kak ana pun tak suka pakai pen ni, ink dia meleleh hihi :)

      Delete
  3. mmm..senyum kak sorang2 tengok posting Ana pasa pen & dakwat ni...memang betul sangat2 cerita Ana tu. Jenama pilot memang top sangat la...Kak start guna pen dakwat disekolah pertengahan 70an masa tingkatan satu...darjah enam pakai pensil lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya kak tahun 70an tu, tu laa masaana pun menengah baru guna pen cam ni sekolah rendah guna pencil je kan :)

      Delete
  4. barang legend hehe
    https://mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Fhatin, lejen dah barang ni :)

      Delete