Resepi Pekasam Daging

by - Thursday, October 20, 2016


Pekasam Daging


Belum pernah ana makan pekasam daging ni sebenarnya.Kalau pekasam ikan air tawar tu memang biasa sangat lah. Kalau balik Teluk Intan, selalu dapat makan pekasam ikan atau wadi ni dari pemberian sepupu ana, Yan yang memang pakar buat pekasam. Sedapnya..Tuhan sahaja yang tahu. Makan pekasam ni kena makan dengan nasi kosong dan panas-panas, tak perlu lauk lain dah. 

Baru-baru ni, jiran ana, Zura memberikan sebekas pekasam daging yang dah siap di goreng. Perghh!! Memang sedap, sesedap pekasam ikan juga. Adik Ika pun suka sangat makan pekasam daging ni. Ana pun bertanya pada Zura macam mana nak buat pekasam daging ni. Dan hasil ajaran Zura, ana kongsikan semula disini sebagai rujukan ana di masa hadapan nantikan. 





Tak sangka juga sebenarnya mudah sangat nak buat pekasam daging ni. Ada dua cara hasil rujukan di Google. Satu jenis yang kering dan menggunakan beras goreng seperti wadi ikan, dan cara yang Zura ajar ana buat ni jenis basah. Bahan yang diperlukan untuk membuat pekasam daging cuma daging, garam dan jus asam limau kasturi.





Daging dihiris nipis-nipis dan toskan airnya terlebih dahulu. Kemudian dapatkan perahan air limau kasturi dalam setengah mug atau menenggelamkan perapan daging. Masukkan garam secukupnya.Lebih sesuai jika menggunakan garam kasar kerana kurang masin.Simpan semalaman di dalam peti sejuk tetapi bukan di tempat beku kay. Di bahagian dingin sahaja. Keesokkannya dah boleh di goreng. 




Ana goreng dengan hirisan bawang merah dan cili padi potong. Sedap sangat rasanya, ada masam dan masin. Ada yang mengatakan pekasam ni boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga berbulan. Cuma ana buat sedikit sahaja sebagai percubaan, dua hari dah habis licin. Bagi yang nak mencuba, boleh lah cuba buat sendiri pekasam daging. Senang je kan :) 

You May Also Like

8 comments

  1. Apa pekasam daging?
    Kenapa Mrs. A tak pernah makan nih!
    ish..ish...kesiankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kak ana pun selama ni pernah dengar je Mrs A, ni pertama kali rasa dan buat sendiri :)

      Delete
  2. Sampai kesaat ini tak dapat2 lagi makan pekasam daging ni...adik kak ada buat aritu tu tapi lupa pula nak makan sebab bila berjumpa sekeluarga mcm2 nak cakap sampai lupa sesetengah hal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi boleh laa cuba buat sendiri kak Mala :)

      Delete
  3. Bukan kata daging, ayam pun ada.. Memang sedap.. Goreng pastu makan ngn nasi putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga ye Sha pekasam ayam, erm ni first time kak ana dengar ni :)

      Delete