Menu orang kampung yang penuh nostalgia. Lempeng kelapa atau masa kecil-kecil ketika di kampung ana dahulu, orang Teluk Intan panggil tepek nyor. Inilah antara juadah minum petang atau sarapan pagi kami zaman tu. Sampai jemu jelak jugalah sudahnya, namun makan jua lah kerana ketika itu tak banyak pilihan yang ada.

Lempeng kelapa ni sedap di makan panas-panas. Kalau tak cicah dengan gula, kami cicah dengan kuah kari, biasanya kalau sarapan tu lebihan kari semalamlah yang di perangat kan semula. Tapi sekarang ni, kalau rindu nak makan lempeng kelapa, banyak restoran atau gerai ada menjualnya. Salah satunya yang ana kunjungi bersama suami hari Sabtu lepas, dalam perjalanan temujanji dengan Dr Jamal di KPJ Sentosa. Suami ajak sarapan lempeng kelapa di Restoran Sri Indah, Batu 16, Rawang.





Haa ambik ko ana!! Dua keping sekali order hihi, betul-betul lepas rindu ni namanya. Lempeng kelapa ni murah sangat harganya, sekepimg cuma RM1 sahaja. Diberikan kuah kari dan sambal tumis sebagai pencicahnya, tapi ana ambil sambal sardin juga, baru lah ngam dengan selera ana. Sedap, ada rasa lemak masin pada lempeng kelapa nya. Kat mana nak makan lempeng kelapa di sekitar Rawang ni, ana makan di Restoran Sri Indah, Baru 16 atau senang cerita berhadapan Tesco Rawang seberang jalan tu bertentangan dengan Sakan, Rawang. Orang Rawang pasti tahu kan.





Kalau ikut resepi mak ana dahulu, lempeng kelapa ni dibuat dengan bancuhan tepung gandum, kelapa parut dan air garam. Pastu goreng atas api dengan sedikit minyak. Bila di restoran ni depa gunakan kuali leper roti canai tu, sebab tu cantik leper je rupa parasnya. Tak kisahlah kan janji sedap di makan.Kena pula dengan kopi O, ermmm malas nak cakap punya laa sedapkan. 

16 Comments

  1. Salam kak ana. Im back! 😉😉😉 . Nanti singgah blog kita ya kak ana. Kita ada buat contest... bolehlah join da war2kan kat kengkawan blogger yg lain. Muahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome back Liza sayang, missed you so much my adik :)

      Delete
  2. kalau bab lempeng tak kira lempeng apapun memang feveret ler Ana. pertamanya sbb kurang minyak, kurang lemak dan mengenyangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah KY menu sihat juga kan, kenyang pulak tu dua keping ni :)

      Delete
  3. Lapor balik akak ni Ana hihihi..
    Padahal baru sarapan nasik lemak..
    Nampak sangat sedapnya tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi nanti CH boleh laa buat sendiri kat rumah makan sekeluarga, petang ke sarapan pun boleh kan :)

      Delete
  4. tak penah try lagi tapi nampak sungguh menyelerakan..

    ReplyDelete
  5. Saya suka lempeng cicah kari lebihan semalam. Hehe. Memang heaven sangat buat sarapan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Zaila, kari semalam yang heaven sangat tu kan hihi :)

      Delete
  6. Hehehe kat teganu kami cicah ngan gula susu atau kuah kari kak ana..mmg sedapp ooo..Tapi kalaunlya buat kat rumah lya cicah gula jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Lya , kak ana pun dedulu cicah gula gak :)

      Delete