sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 10 Oktober 2016

Tahniah Amir Juara AF 2016


Semalam lepas Isyak dan makan malam, tiba-tiba Adik Ika ajak tonton Konsert Akhir Akademi Fantasia 2016. Lama sungguh tak melayan konsert atau pun program AF di tv. Masih ingat lagi kemeriahan AF yang awal-awal dahulu ketika Zahid menjadi juara. Kan main seronok Afundi Zahid, maklumlah orang Teluk Intan kan. Siap cat dinding feature wall warna oren lagi tanda support Zahid masa tu. Kemudian era Mawi pun sama, seronok je melihat gelagat mereka dalam Diary AF waktu tu.

Masa berubah, usia kian meningkat ni, makin pudar pula meminati program-program hiburan,kecuali drama-drama siri yang ana ikuti. Tapi semalam terasa menarik pula peserta AF 2016 bertanding. Last-last layan sampai akhir. Dari awal lagi tertarik dengan salah seorang finalist AF 2016 ni, iaitu Amir. Dan rezeki Amir malam tadi di nobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 2016. Tahniah Amir. Semoga terus sukses dalam dunia hiburan. Amir ada personaliti dan suara yang sedap di dengar. Walaupun pertama kali dengar dah tertawan hati, cewahhh !!!


Image result for amir af 2016
kredit: nst.com.my

Di pentas akhir Konsert AF 2016, Amir menyampaikan lagu pertama Romantis, nyanyian asal Ameng Spring dan lagu barunya Pemilik Cinta. Persembahan yang simple tetapi sedap di dengar dan mempunyai aura yang tersendiri.

Sedikit biodata Amir Juara AF 2016 yang ana perolehi dari pelbagai sumber internet adalah seperti berikut: Lepas ni kita carilah Instagram Amir AF2016 untuk di follow sambil mengikuti perkembangannya nanti kan. All the best Amir..

Image result for amir af 2016
Sumber : Astro


Nama penuh : Amir Syazwan Masdi 
Usia : 20 tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Pelajar Elektrical Engineering


Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan biasiswa pengajian di Universiti Utara Malaysia.

Pemenang naib juara diraih oleh peserta dari Kuala Lumpur, Muhammad Ammal Shafiq Osman dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pelajar dari Selangor, Kureshma Martin John Patrick (Reshma) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000. - sumber Astro Awani


6 ulasan:

  1. best kan suara kembar que haidar ni. haha. secara total budak amir ni rasa dpt rm60k kot. yg hrtu vitagen dpt 5k, pastu dato alif bg 5k. kayo budak ni kayo. hehe

    BalasPadam
  2. kebanyakan yg keluar AF nih, yg tak menang lagi menyerlah dari yg bergelar juara. Perasan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya kan GL, macam Akim tu kan :)

      Padam
  3. Tahniah buat amir... ekin tak layan af tahun ni.. hahahhaha... memang tak taw sape menang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana pun Ekin, layan time final jer hihhi :)

      Padam