Malas sebenarnya nak menulis pasal isu-isu semasa ni, tak ke mana pun sudahnya..Tapi sebagai blogger di mana kita di ada ruang dan peluang untuk menulis, ana nyatakan juga lah kegusaran yang melanda masyarakat masa kini. Ana jenis yang tak simpan stok barang runcit di rumah berlebihan, sekadar keperluan sahaja. Maklumlah kedai runcit ada dua buah tak sampai 1 km dari kediaman. Pasaraya pun banyak di sekitar tempat tinggal. Aeon, NSK, Speedmart 99 semua dalam lingkungan 5 km dari rumah. Jadi tak la panik nak simpan barang dapur banyak-banyak.


Cuma beberapa minggu lepas, agak panik bila bekalan minyak masak hampir putus di rumah.Anak-anak ada ni kerap depa menggorang sosej, nugget, daging burger dan sebagainya bila lapar. Dah besar-besar pandai dah berdikari. Ana ke kedai runcit belakang rumah, dua kedai cari tak ada minyak masak, yang ada cap pisau 5 kg. Harga mahal sungguh, dua puluh ringgit lebih. Tak ingat sangat.


Suami balik kerja ana ajak ke NSK, pun sama.Hat peket tak ada cuma tinggal cap bunga matahari tu, lagi laa mahal dan semua pun botol sahaja. Bermakna minyak yang masih bersubsidi tiada dipasaran buat masa ini. Last-last ana ke Tesco, Alhamdulillah berlambak minyak masak Alif. Botol 5 kg berharga RM19.95 mampu beli lah juga pada marhein macam kami ni.

Jumaat lepas, ana ke NSK sekali lagi mencari barang dapur. Okay kali ni dah ada minyak masak peket 1 kg. Harga masih sama RM 2.50. Syukur Alhamdulillah. Cuma limit 2 peket seorang. Ana pun beli dua peket sahaja, nak buat apa banyak-banyak. Hat yang Alif tu pun ada lagi. Bagilah pada orang lain yang memerlukannya juga.

Apa yang kami harapkan, pihak berwajib pantaulah bekalan minyak masak ni. Jangan asyik memberi alasan disebabkan kes penyeludupan di sempadan. Buat lah penguatkuasaan untuk mempastikan kami marhein yang kian hari kian terbeban ni masih di beri keutamaan dari  mencari alasan. Ini satu keperluan hidup untuk makan, mereka yang berniaga mencari rezeki dan sebagainya. Hentikan lah alasan-alasan dan jawapan yang menyakitkan hati semata.


16 Comments

  1. Itulah kak ana.. bukan x nak tulis pasal isu semasa ni ,, makin lama makin terasa beban.. rasa malas nak pikir,, tapi x boleh.. huu ,, kita rakyar marhain ni ikut jer yg atas nak buat apa tapi jangan la sampai menindas macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu la Wani, kita ibarat mentimun naktak nak kena hadapi :(

      Delete
  2. Makin terasa beban kos sara hidup kini.
    Nilai duit makin susut'
    harga barang semakin meningkat.
    Peliknya harga sawit dan getah tak naik-naik.

    ReplyDelete
  3. Minyak masak memangdah naik. Jadi kami iktiarkan perkara lain untuk kurangkan minyak. Contohnya pakai non stick pan.
    .
    Jimat weh pakai minyak. Lagi satu hari tu kawan rekemen pakai air fryer. Ini lagilah tak pakai minyak langsung.
    .
    Memang kos awal mahal. Tapi jimat jangka panjang. Lagi sihat pulak tu

    ReplyDelete
  4. kat tmpt yui yng packet trus xde. nthla

    ReplyDelete
  5. Stok minyak tak ada di awal bulan 11 hari tu..
    AM pun mencari juga minyak masak nie..Kebanyakkan pasar raya memang tak ada stok minyak masak biasa.. Yang ada minyak yang mahal2 je..huhuhu

    Posting terbaru AM
    5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  6. Sha memang suka simpan stock barang dapur.. Terutama sekali minyak masak.. Tapi memang terkesan jugalah.. Stock minyak tiada di kebanyakkan kedai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang jadi tanda tanya kan Sha, yang subsidi tak ada di pasaran :(

      Delete
  7. Memang mahal kan kak harga minyak sekarang. Haritu nak beli minyak paket dekat pasaraya limit sorang dua paket je, Letak pun dekat cashir, kalau nak beli minta dengan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat merisaukan andainya berterusan kan Nani :)

      Delete
  8. Mrs. A pun macam kak Ana jenis tak simpan stok. Beli ikut keperluan iyalah ruang dapur kecik kalau beli banyak takde tempat pulak nak letak.

    Baru-baru ini samalah putus sekejap bekalan minyak masak anak-anak nak goreng keropok lekor terpaksa tunda hari esoknya ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah jadi masalah pula bila kita terputus bekalan macan ni :)

      Delete