Hanya Kerana Anakku Perempuan

by - Sunday, November 27, 2016


"Anak ana dua-dua perempuan, esok kalau depa dah kawin, tak ada siapa nak jaga ana? Mujur laa, X ada dua anak lelaki, dua perempuan. Kalau mati nanti, ada yang jadi imam solat jenazah, ada yang mandikan jenazah X. Anak lelaki ni anak kita, anak perempuan esok jadi menantu orang....Anak lelaki yang akan jaga kita bila kita tua nanti!!"Inilah antara kata-kata yang dikatakan seorang 'kawan' kepada ana. Sekadar 'nasihat' katanya.

Allahu...

Malang kah ana kerana anak ana dilahirkan perempuan? Puan X yang berkata-kata tu terfikir tak siapa dia yang boleh menentukan takdir hidup ana? Wajarkah nasihatnya yang percuma itu ana fikirkan sehingga pecah kepala mencari penyelesaiannya? Adakah wanita di luar sana yang bakal menerima nasib sebagaimana yang di katakan si X itu tadi?


Image result for cartoon pictures of baby girls



Ana cuma diam sahaja, malas nak jawab menjawab dengan si kawan itu tadi. Bimbang salah cakap nanti tercalar pula persahabatan kan. Lagipun ana ni bukan pandai bercakap soal agama, hukum hakam..masih di dalam proses pembelajaran hari demi hari.Cuma di ruang ini, ana ingin sangat meluahkan rasa yang terpendam sekian lamanya. Bukan terasa sangat pun dengan kata-katanya, tak terkesan langsung, namun ana pasti ada wanita di luar sana yang menerima nasihat percuma macam ana, mungkin...

Manusia..yang terlebih prihatin atau ambil berat tentang masa depan 'kengkawan' kononnya,bila seorang wanita itu belum kawin-kawin, sibuk bertanya 'bila nak kawin'.Kalau ada pula yang kawin di usia muda, musykil pula mereka, 'mudanya dah kawin'.Dah kawin lama sibuk pula ambil berat, 'bila nak dapat anak?'.Ada pula kengkawan yang ramai anak,' asyik beranak je si polan tu'.Lumrah kan, asam garam kehidupan katanya, normal laa...eh normal ke??


Image result for cartoon pictures of baby girls


Pada ana, mudah sahaja...jawapan kepada persoalan si X tadi. Anak perempuan atau anak lelaki belum tentu lagi jaminan untuk menjaga ana di masa hadapan. Yang pasti, ana sendiri tak tahu apakah ana akan sampai ke usia tua di masa hadapan. Entah esok, entah kejap lagi ana akan pergi menemui Sang Pencipta. Jadi biarlah hanya Dia yang menentukan hari tua ana kelak. 

Keduanya...siapa lah ana yang boleh menentukan jantina anak yang bakal di lahirkan? Siapa lah kita yang boleh memenuhi kemahuan untuk memperolehi anak lelaki atau perempuan? Segalanya perancangan Allah swt. Dia yang menentukan jodoh pertemuan, ajal maut kita. Sekadar mampu merancang, akhirnya kembali kepada Dia Yang Maha Esa menentukan takdir hidup kita sebagai hambaNya.


Image result for cartoon pictures of baby girls


Ini takdir kami, ini perjalanan hidup kami yang tertulis untuk kami jalani. Kami redha dengan ketentuan ini. Andainya tiba saat kami pergi nanti, biarpun tidak ada anak lelaki yang akan mengimamkan jenazah kami suami-isteri kelak, pasti ada insan-insan yang akan menjalankan fardhu Kifayah memandikan jenazah kami, pasti ada yang akan mengimamkan solat jenazah kami nanti, In Shaa Allah. Kerana apabila kita mati kelak, maka putuslah hubungan kita dengan segala urusan dunia, mereka yang tinggal akan menguruskan segalanya, Waallahu a'lam.


You May Also Like

16 comments

  1. Biarlah orang tersebut nak cakap apa pun.. Mulut dia. Kita tak boleh nak tutup.. Yang penting, akak ambil dari side positif seperti yang akak katakan. Tak kira anak lelaki mahupun perempuan, belum tentu dapat jaga bila dah tua nanti..

    Akan datang, biar Allah yang tentukan.. Kita hanya mampu mendidik anak2 dan berdoa pd Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Reen, terima kasih atas ingatan .

      Delete
  2. Bersabarlah ana. Saya ada juga terbaca bab ini di dalam satu buah buku. Apa pun katanya sama aja. Yang penting kita didiklah mereka sebaiknya yang tahu imbangkan peranan sebagai anak kepada anak kita dan mertuanya. Dah jangan memikirkan lagi ye ana. Apa yang penting kita sentiasalah berdoa tidak terjadi begitu. Hanya doa mampu ubah segalanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Faizah, betul tu doa adalah senjata kita umat Islam, In Shaa Allah, terima kasih ataskata-kata semangat dari Faizah

      Delete
  3. lela pun anak perempuan dekat ma. memang la perempuan tak boleh nak imamkan solat jenazah semua. mungkin suami anak perempuan lebih baik daripada ank laki2 kita sendri. tak kisah la ank perempuan ke ank laki, asalkan mereka tak lupa tanggungjawab dekat mak ayh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah leyla, semoga kita semua terus istiqomah untuk menjadi anak-anak yang solehah dan hambaNya yang beriman, Amiin

      Delete
  4. Tak payah dengar kak Ana apa yang orang cakap tu. Ibu Nani pun selalu jugak ada orang tanya macam tu sebab kiterang tiga beradik semua perempuan. Nak buat macam mana kan dah tu rezeki yang Allah nak bagi. Bersyukurlah masih dikurniakan anak sebab tak semua orang berpeluang nak merasainya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Nani, kak ana faham sangat apa yang mak Nani alami, biarkan mereka terus berkata, hanya Dia yang maha mengetahui di sebalik setiap kejadian.

      Delete
  5. Allahu siapa kita utk menidakkan takdir dan rezeki yg Allah bagi? kesian si X tu, bercakap tanpa ilmu dan pegangan.. kiteorg adik beradik semua ppuan, hah nak buat camana tu? langsung takde lelaki, so camana mak ayah kiteorang? biarkanlah apa org nak kata kak ana, anak perempuan ke lelaki ke, tengok besar nanti dia jadi apa dengan didikan kita. semuanya sama.. semuanya ada kelebihan dan kebaikkan baik anak ppuan mahupun lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Liza, betul tu Liza, jantina tidak menjanjikan masa depan kita ibu ayah ni, semuanya atas usaha dan didikan selain rezeki yang didatangkan dariNya.

      Delete
  6. Hurm... geram pulak dengan puan X tu. Laser kemain cakap ikut sesedap rasa je... haish! emo pulok Mrs. A.
    Ignored ajelah K.Ana kenapa sampai nak terkenang-kenangkan buat stressed aje.
    Syukurlah ada juga dua orang anak tak kisahlah lelaki ke perempuan ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mrs A, memang kak ana tak terasa hatipun dengan kata2 yang sedemikian, kerana yakinnya kita pada ketentuan Allah swt

      Delete
  7. betul tu kak ana, tiada siapa yang tau apa akan terjadi dekat kita. ada anak ke takde ke..allah dah tentukan..Diaorang jaga ke tak jaga ..memnag patut abaikan je orang macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah Nad, redha dan yakin dengan ketentuan Allah swt, didikan sebaik mungkin hanya itu kudrat kita sebagai hambaNya

      Delete
  8. Pendapat saya, X wajar ditinju mukanya haha

    ReplyDelete