IJM LAND - Fiesta Magica Carnival Yang Mempersona di Seremban 2

by - Thursday, November 17, 2016



Wow!! Dengar sahaja perkataan Magica dah terbayang dah satu suasana yang penuh alam Fantasi, penuh imaginasi kisah khayalan dunia yang penuh keindahan dalam Hikayat Kisah Dongeng Ceritera Kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai sebuah Fairy Tales di zaman moden. Erm.. ini kisah benar okay..bukan fantasi semata-mata. Di mana dan bila ianya berlaku ... Haha..Hanya di acara tahunan Karnival Keluarga IJM Land Berhad ,bertempat di Sales Office, Seremban 2 pada 13hb November 2016 yang lalu.

Dengan membawa tema pada kali ini ' Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales and Happy Trails', telah menarik minat pengunjung dari jauh dan dekat  serta penduduk setempat  hadir memeriahkan karnival gilang gemilang ni. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan perpaduan dikalangan residen, beriadah sambil berhibur dengan pelbagai acara awesome yang di jalankan sepanjang karnival.

Jom Sinar Raya
kredit foto : FB IJM LAND Berhad


Fiesta Magica IJM Land, Seremban 2


Pelbagai acara menarik telah disusun oleh pihak penganjur sebagai menyerikan para pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Ia penuh suasana keceriaan dan keseronokan untuk seisi keluarga.Dan salah satu acara yang amat di nanti-nantikan pengunjung khasnya peminat pertandingan pakaian beragam iaitu  “Gathering of Cosplayers for Cosplay Costume Competition”. Mungkin ramai yang telah lama tidak melihat pelbagai gelagat peserta perarakan memainkan karektor-karektor menarik sepanjang pertandingan ini dijalankan. Memang happening sangat kan!! 😊😊


 Antara peserta 'Gathering of Cosplayers for Cosplay Costume Competition' 



Christine Wong (3 dari kiri), Senior Manager - Sales and Marketing of IJM Land bersama pemenang pertandingan 'Gathering of Cosplayers for Cosplay Costume Competition' 


Tambah lebih mempersonakan kanak-kanak dan keluarga yang hadir, IJM Land di Seremban 2 turut mempamerkan beberapa props bertepatan dengan tema kisah dongeng Fairy Tales seperti ' Tunnel of LOVE' yang dihiasi dengan ribuan lampu LED yang berwarna warni, 'Cinderella Pumpkin Carriage' atau kereta kuda labu milik Puteri Cinderella yang pasti membuatkan anak-anak teruja untuk berselfie disini, 'Giant Mushroom' dan banyak lagi tarikan dari tema yang dijanjikan seribu keindahan Magica Carnival.





Jangan risau, semua ini akan berlangsung dari 13hb November 2016 sehingga 25hb Disember 2016 nanti. Masih ada kesempatan untuk ke sana kay 😌😌.Dan kalau dah bergambar cun-cun tu, jangan lupa untuk sertai Magical Moments Photo contest yang bakal berlangsung sehingga 18hb Disember 2016 dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM3000. Haa, tambah best lagi kan..






Turut memeriahkan keriangan pada hari tersebut ialah pertunjukan silap mata atau 'Magic Show' dari ahli silap mata terkenal negara Mahdi Moudini dengan pelbagai aksi menarik beliau yang menghiburkan.




Sebagai sumbangan amal kepada masyarakat, Young Malaysians Movement (YMMNS), Persatuan Belia Xiang Lian dan Persatuan Kwang Tung NS bersama penaja utama IJM Land turut mengadakan kempen derma darah, rawatan percuma Perkubatan Tradisional Cina atau TCM.




Pastinya ia merupakan satu acara tahunan yang dinanti-nantikan seluruh residen IJM Land Seremban 2 dan bagi pengunujung yang datang. Semoga karnival seperti ini akan terus dianjurkan kerana ia bukan sahaja menceriakan sambail bersantai seisi keluarga malah membawa mesej-mesej yang positif pada kejiranan setempat. Banyak lagi foto-foto menarik boleg di lihat di SINI .Info lengkap mengenai IJM Land boleh diperolehi dengan melayari to www.ijmland.com.



You May Also Like

10 comments

  1. Ana. Saya Nak bagi hadiah sikit. Jom baca entry terbaru saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah ada kesempatan AJ join kay , terima kasih atas jemputan :)

      Delete
  2. Bestnya, warna warni. Sambutan sampai malam pula tu

    ReplyDelete
  3. Tak tau pon ni.
    If tau mcm nak gi kot :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi aida sampai hujung tahun ni :)

      Delete