Kari Ikan Kembung Resepi Ibunda

by - Saturday, November 12, 2016


Ini antara menu masakan mak yang sering kali menjadi juadah kami sekeluarga suatu masa dahulu. Malah sehingga ke hari ni pun mak memang suka masak kari. Mana tak nya, abah tu penggemar kari tegar. Kalau masakan lain memang kurang seleranya. Cuma ana selalu pesan kat mak paling tak pun cukup seminggu sekali je dengan menu santannya, kesihatan kena jaga juga kan mak.. hihi :)





Kami kat Teluk Intan ni, ikan kembung kami panggil ikan temenung je. Tak tahu laa mana dapat nama ikan temenung tu, tapi ia antara ikan feveret  kami sekeluarga. Ikan kembung ni ada dua jenis yang ana kenal. Yang paling sedap ikan pelaling. Ia bersaiz kecil dan berwarna kekuningan sikit. Kalau dapat yang fresh tu memang lemak sangat isinya. Masak apa pun sedap, paling best goreng, potong bawang dan cili, makan panas-panas dengan nasi,perghh memang sedap.


Kari ikan kembung


Beberapa hari lepas, ana masak semula kari ikan kembung pelaling ni. Ikannya memang besar-besar dan segar, pemberian jiran yang dibawanya dari Manjung. Ana masak kari ikan mengikut resepi mak. Senang sangat lah..rasanya sama macam korang yang lain masak gak kan. 

Bahan-bahannya, rempah kari ( ana suka guna rempah kari Babas ), bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. Masukkan rempah kari dan sedikit air asam jawa. Tumiskan bahan tumisan sehingga pecah minyak. Baru laa masukkan santan. Kemudian masukkan ikan dan setelah sekali didih, baru ana masukkan bendi dan tomota. Rasakan dengan garam, siap dah kari ikan kembung.

Kalau tak habis kari ni simpan dalam peti sejuk, esoknya buat lempeng atau kalau malas sangat beli roti Gardenia je. Buat sarapan cicah roti atau lempeng dengan kari ikan ni, sedappppp :)

You May Also Like

6 comments

  1. assalamualaikum ana...memang sedap kalau buat cicah lempeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, hihi sedap kan buat sarapan pagi dengan lempeng :)

      Delete
  2. Betul....roti makan dengan kari tulah yang fuhhh salah satu nikmat dunia kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmat ye PC,menu sarapan orang kampung gitu :)

      Delete
  3. sama la ngan SA kak Ana...memang suka kari babas...sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babas ni kurang sikit menyengatnya kan SA kalau di banding kan dengan serbuk kari lain hihi :)

      Delete