Orang kata benda yang bagus ni elok di kongsikan bersama, betul tak? Anda nak tahu tak, ana seriously fall in love dengan NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK ni. Pertama kali mencubanya memang terpaut hati sangat. Mula-mula ana ingat ianya sama seperti losyen badan yang biasa kita gunakan setiap hari tu, namun ternyata silap. Ianya bukan sekadar losyen badan tetapi lebih tepat di katakan sebagai rawatan kecantikan fizikal dan jiwa. Wah!! Macam mana pula ana gambarkan sebegitu sekali ye? Tentu anda tertanya-tanya kan. Jom, ana ceritakan dengan lebih mendalam lagi apa istimewanya NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK .



NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK


Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan. 

Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan kecantikan eksotik yang diamalkan oleh wanita di negara-negara yang lain seperti mandian Turki atau Hammam yang amat popular di Maghribi. Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya. 

Namun begitu, dengan NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.




Definisi kecantikan sangat subjektif khasnya di kaca mata kita wanita masa kini. Lain orang lain pandangannya, namun ana pasti setiap dari kita wanita ingin kan cantik dengan cara kita sendiri. Sejarah membuktikan dari berkurun silam wanita tanpa jemu-jemu mencari pelbagai alternatif untuk menjadi cantik, paling tidak pun sebagai kepuasan diri sendiri dan bagi kita yang telah berumah tangga pastinya cantik untuk tatapan dan sentuhan suami. 

Sesuatu yang luar biasa tentang NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK ialah ianya memberikan kesan yang berbeza setelah ana sendiri mencubanya hampir dua minggu ni. Ia seolah-olah kita baru selesai menjalani rawatan kecantikan mandi susu di spa-spa mewah walhal hanya dengan mandi air panas di rumah, kemudian belailah diri dengan sapuan lembut  ke serata tubuh NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK .Kulit bukan sahaja terasa lembut malahan wangiannya memberikan satu suasana yang amat mendamaikan jiwa kita sendiri. Ana suka menggunakannya di waktu malam sebelum tidur, ia bagaikan satu terapi apabila keesokkan paginya kita bangun dengan rasa segar dan kembali bersedia memulakan hari baru.

Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK  mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan. 

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri. 

Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja, “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.


NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK- Glowing Rose



Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.


NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK - Relaxing Lavender




Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit. 




Kedua-dua variasi NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK Glowing Rose dan Relaxing Lavender mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Glowing Rose sangat memberi bauan lembut dan romantis dan Relaxing Lavender bauannya amat menyegarkan dan sangat relax . Secara peribadinya ana menggemari Glowing Rose. 

Mulakan ritual memanja diri NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK selepas anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh serta minda. 

Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih – Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda – NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit RM21.90) untuk saiz 400ml.Boleh di dapati di hampir kesemua pasaraya dan juga farmasi terkemuka seluruh negara.


18 Comments

  1. singgah pagi isnin
    semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  2. nivea daripada zaman dulu lagi kan, produk bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuu Raihanah Nivea dari dulu lagi telah diyakini

      Delete
  3. Replies
    1. Nani, kak ana fall in love dengan Glowing rose tu, best sangat kan :)

      Delete
  4. Sememangnya produk nivea dari dulu paling bagus..sy sebelum berpanas mmg akn pki produk nie so tak derlah kesan panas tu cepat mengelapkan kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Lady Tash Roy, jenama yang amat diyakini :)

      Delete
  5. Nivea dh ade body milk yea...bleh la try nnti,,,anyway.,,pe kabo k.ana..lama dh ngomen2 kekawan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat Sha, Alhamdulillah,jom try Nivea baru ni best sangat :)

      Delete
  6. Dua2 SA suka..kalau nak tidur malam sapukan yang lavender..memang cepat lelapnya mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA, kak ana suka glowing rose tu..:)

      Delete
  7. Mrs. A guna losyen Nivea UV.
    Bolehlah cuba ini nanti.
    K.Ana lepas mandi sapu then tak payah basuh dah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu bilas Mrs A, losyen susu ni, best sangat :)

      Delete
  8. Bagus nivea ni. Min suka pakai. Ni ada brand baru ! Kena try ni . Huhu

    ReplyDelete