Kenal tak ikan baung? Ikan baung ni sejenis ikan air tawar, atau ada orang panggil ikan sungai atau ikan darat. Ikan air tawar sebab dia tak duk dalam laut, sama ada ikan tu ikan paya, kolam atau sungai, ikan sungai tu sah-sah lah sebab dia datang dari sungai tapi ikan darat tu tak tahu laa pulak mana dapat namanya kan hihi :) Ikan baung ni kiriman mak ana masa ana balik Teluk Intan ambil barang-barang Kak Long dua minggu lepas.Besan mak, Pak Ya yang bagi kat mak, mak dah bersihkan suruh ana bawa balik dan masak di rumah sendiri.

Ana kalau ikutkan memang membesar dengan ikan-ikan sungai ni. Dari arwah Tok Saidin lagi ketika kecil-kecil dah turun membelat di sungai. Sekarang ni pun mudah nak makan ikan sungai sebab besan mak, Pak Ya rajin menghantar hasil tangkapannya ke rumah. Jadi bila balik tu, ada sahaja rezeki nak makan ikan sungai. Dah nama lagi duk Teluk Intan kan, memang mudah laa nak makan hasil sungai seperti ikan baung, duri, seluang, udang galah dan sebagainya.Semua tu sedap sangat bila sesekali makan.

Memandangkan ikan baung dah ada ni, tempoyak pula masih banyak yang abang ipar ana kirim dari Kuala Lipis hari tu, maka kita warnailah ikan baung dengan masakan lemak tempoyak. Waduhhh!!! Kena beno dah tu kata orang Perak. Ketika ana posting di Facebook baru-baru ni, tuuu diaa..seratus like dapat dengan komen-komen semua terliur. Ye laa masakan ibunda macam ni, orang-orang yang berasal dari kampung sahaja yang tahu kesedapannya kan.




Masak Lemak Tempoyak Ikan Baung


Image result for ikan baung
kredit foto : tipsjituteknikmemancing


Inilah rupa paras ikan baung bagi yang tak pernah melihatnya. Ia lebih kurang sama ikan duri atau ikan mayong saiz dan bentuknya kan. Cuma ikan baung ni memang lemak dan berwarna kekuningan sedikit dari ikan duri dan mayong. Seperti kebanyakan ikan air tawar ni, perlu membersihkannya dengan teliti supaya bersih dan tidak hanyir. Biasanya petua yang sering ana gunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan air tawar ni ialah sama ada membasuhnya dengan bilasan terakhir air basuhan beras, ataupun dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak ada boleh juga gunakan air asam jawa. In Shaa Allah akan bersih dan tidak berbau hanyir lagi ikan yang akan kita masak ni.

Masakan lemak tempoyak ikan baung ni, macam biasa ana tumbuk lumat cili api, ikut kepedasan yang kita suka, masukkan bawang besar, isi kunyit dan serai. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk dan masukkan santan. Kemudian bolehlah masukkan tempoyak ikut kemasaman yang kita nak. Gaul rata dan masukkanlah ikan baung yang telah dibersihkan tadi. Kacau perlahan di atas api yang kecil supaya masak sekata. Rasakan dengan garam. Letakkan beberapa biji cili api untuk menambah perisa. Masak sehingga mendidih dan ikan telah benar-benar masak. Wallaaaa!! Siap.Mudah kan masak lemak tempoyak ni. Sama sahaja seperti masak lemak lain cuma ana tak letak asam keping sebab tempoyak tu dah masam. 

24 Comments

  1. Huu bab ikan air tawar wani tolak tepi dulu kak ana .x makan duhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuu laa kak ana tahu ramai yang tak makan ikan air tawar ni, cuma kak ana dibesarkan di bandar pinggiran sungai memang pandai laa makan ikan2 air tawar ni wani :)

      Delete
  2. saya dlu 3 tahun dok kl kak tak pernah langsung merasa makan tempoyak ni. mcmana ek rasanya hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi masam Liza, macam cheese gitu haha :)cuma bau durian, cuba liza bayangkan tuu :)

      Delete
  3. Replies
    1. hihi orang Perak ye Sha, tempoyak sedap beno le yer :)

      Delete
  4. Favorite Mr. A masak lemak ikan baung tapi yang sadisnya Mrs. A tak pandai masakkan. (teruk punya Mrs)

    ReplyDelete
    Replies
    1. OO Mrs A masak lemak baung biasa je laa ye, sedap juga tu Mrs A :)

      Delete
  5. sedapnya lemak tempoyak..tapi masak ikan baung tak pernah lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. Saya memang suka ikan baung.
    Sebab saya asal dari kampung.
    Kat mna boleh dapat ikan tu sekarang.

    Serius ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Teluk Intan memang selalunya ada je Adam :) atau pergi ke pasar-pasar awam mungkin ada juga tuu, in shaa allah

      Delete
  7. Nani selalu buat lemak tempoyak pucuk ubi. Ni pun nampak sedap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak tu nani :) buh petai lagii la ngam :)

      Delete
  8. Sambal tempoyak lagi sedap.

    ReplyDelete