Masak Lemak Teluk Itik Dengan Belimbing Buluh

by - Monday, November 28, 2016


Dua hari lepas, suami bawa balik sebekas belimbing buluh kiriman kawan sepejabatnya.Mula-mula ana cadang nak masak tumis dengan ikan bilis, tapi memandangkan stok ikan bilis tak berapa banyak di rumah, ana hold dulu la resepi ni. Lepas pergi beli barang dapur nanti boleh masak dengan ikan bilis, sementara tu ana masakkan dengan telur itik sahaja untuk menu makan tengahari hari ini. Telur itik ana beli di kedai runcit berhampiran rumah dengan harga RM1 sebiji sekarang ni 😕😕







Resepi Masak Lemak Telur Itik Dengan Belimbing Buluh


Bahan-bahan:

4 biji telur itik
Beberapa biji buah belimbing buluh
Cili api
Bawang merah
Serai
Kunyit hidup atau serbuk kunyit
Santan
Garam 

Cara masak lemak telur itik dengan belimbing buluh :




Serius, jujur ana bagitahu bab masak lemak ni ana memang agak failed kerana selalunya pecah minyak. Jadi teknik yang ana gunakan untuk elakkan atau kurangkan pecah minyak dalam masak lemak ni, ana tumis dengan sedikit minyak bahan yang ditumbuk seperti cili api, bawang merah dan serai bersama isi kunyit atau serbuk kunyit terlebih dahulu. Kemudian baru ana masukkan santan. Lain orang mungkin lain caranya. 

Didihkan seketika sambil mengacaunya, barulah ana masukkan belimbing buluh. Pecahkan telur itik sebiji demi sebijik ke dalam mangkuk terlebih dahulu, kemudian masukkan ke dalam santan. Rasakan dengan garam dan siap laa masak lemak telur itik bersama belimbing buluh versi anajingga.com
 😉😉😉

You May Also Like

14 comments

  1. Ahaii sodapnyee.. Lapar pulak perut ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom cari telur itik masak lomak Lea :)

      Delete
  2. tertarik dengan tajuk..teluk itik.. hehehe

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kenapa dengan telur itik ejoy :)

      Delete
  3. nti nak beli telur itik nk msk menu ni
    sedap giler huhu fevret ok hihihi

    ReplyDelete
  4. Suka...lagi suka kalau kuning telur tu cair skit..half cooked gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan SA, cair-cair sikit baru ngam :)

      Delete
  5. kesukaaaaaaannnn ain ni..!!
    kalau balik kampung mesti request kat mak masakkan telur itik masak lemak ni.. lupa terus diet ke apa ke.. tutup mata je makan sambil bertambah nasi.. hahahahahaa.. :p

    lawan pula dengan sambal bilis goreng garing2.. auuuwwwwww..!! meletupppp... hehehehee..


    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ain, dapat dengan sambal tumis ikan bilis pun ngamm sangat dah tuu :)

      Delete
  6. Replies
    1. haha bonde memang mengancam kan menu ibunda macam ni :)

      Delete