Sup Cendawan Mudah

by - Tuesday, November 22, 2016



Kak Long ada di rumah ni rajin pula nak masak macam-macam.Hari tu dia mengikut ana ke pasaraya membeli barang dapur. Dia ambil dua jenis cendawan yang berbeza. Anak-anak ana ni memang peminat tegar cendawan. Segala jenis cendawan depa suka kalau masukkan dalam menu masakan. Memang sedap pun kan. Kali ini ana kongsikan kat sini menu tengahari main campak-campak je resepi nya.Mudah, cepat di sediakan dan sedap dihirup begitu sahaja.





Resepi Sup Cendawan 


Ana menggunakan dua jenis cendawan seperti di dalam gambar di atas sendawan putih dan cendawan tiram. Dua jenis sayur yang ana campurkan ialah sayur sawi pak choi dan daun bawang besar atau leek. Bahan tumisannya macam biasa bawang besar, bawang putih, halia di mayang halus. Bahan perencah ana gunakan kiub ayam atau boleh juga gunakan kiub ikan bilis. Bahan perisa garam dan lada sulah serta kicap lemak manis.


Cara memasaknya, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan sayur-sayuran dan cendawan tadi dan kicap lemak manis. Masukkan air sedikit sahaja supaya tidak terlalu berkuah kerana cendawan tiram juga akan mengeluarkan air nanti. Masukkan kiub ayam, Tambahkan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sebati dan siap. Menu sayuran tidak perlu di masak terlalu lama kerana ia akan hilang zat dan kemanisannya. 




You May Also Like

20 comments

  1. Sedap tu k.ana..cendawan memang peberet hiii

    ReplyDelete
  2. Maznee sekeluarga pun suka sup cendawan. Sedap makan dengan roti bakar yang keras tu. Mabeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu sup cendawan western kan Mazni :)

      Delete
  3. wah nampak sedap jer nie..nak try ler resepi nie..

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa. hantu cendawan juga ni. hehe. boleh geng dengan anak ana. :D

    ReplyDelete
  5. Wahhh favourite ni, ida pon memang suka makan cendawan. any cendawan pon. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ida, cendawan ni masak apa pun sodap :)

      Delete
  6. makan macam tu je pun dah sedap kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SA,menu campak-campak sedap makan panas-panas :)

      Delete
  7. selalu juga beli yg cendawan jepun putih tu. buat sup biasa je. boleh cubalah resepi yang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup cendawan pun memang sedap Raihanah :)

      Delete
  8. perghh merecik baq hang hihi

    ReplyDelete
  9. Campak-campak pun sodap k.Ana ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  10. Mmmm..memang sedap goreng cendawan style begini...kena makan panas-panas..

    ReplyDelete