Minggu lepas hari Jumaat tu, ana balik kampung Teluk Intan untuk membuat persiapan majlis reunion sekolah rendah kami MGS, Teluk Intan. Lepas solat Jumaat dalam pukul 3 petang, ana berjanji untuk berjumpa di SZ Beauty Centre, Bandar Baru Teluk Intan , milik kawan kesayangan ana, Ida. Lepas bincang-bincang bajet dan barang yang nak di beli, ana, Ida dan Nani bergerak ke pasaraya TF Kampung Bahagia. Settle semua urusan membeli belah, Ida ajak cari cendol durian di Kampung Padang Tembak, katanya. Ana pun ikut je laa sebab depa berdua ni lebih afdal kat mana port makan best-best di Teluk Intan ni.





Cendol Laksa Masjid at-Taqwa di Teluk Intan


Nampak tak?? Sedap dan menggoda jiwa raga korang kan? Serius bagi penggemar laksa macam ana ni, kena sangat dengan selera ana apabila makan laksa di gerai Cendol Laksa ni. Kuahnya pekat, terasa laa masam pedasnya serta rasa ikannya. Asam laksa utara memang kaw dengan hirisan timun dan daun kesum menambahkan lagi kesedapan pada kuah laksa ni.




Semangkuk laksa ni kalau tak silap ana berharga RM3.50, murah kan. Laksa dia pun banyak memang mengenyangkan sungguh. Alhamdulillah. Kami turut memesan cendol petang tu, Ida makan cendol durian dan ana dan Nani minum cendol biasa. Perghh!! Cendol dia pun cukup enak di makan begitu sahaja.




Sejuk je tekak menghirup semangkuk cendol ni. Pekat manis, lemak semua cukup rasa..Kalau nak try kena laa datang sendiri ke sini. Gerai ni tak jauh pun dari rumah kami. Lokasinya bersebelahan dengan Masjid At-Taqwa, Kampung Padang Tembak, Teluk Intan. Masjid ni terletak di tepi jalan utama Selabak ke Padang Tembak tu. Gerai dia pun duk tepi jalan tu juga dah boleh nampak. Ana pun tak sempat nak ambil gambar gerai ni, sebab masa ambil gambar laksa dan cendol ni sekadar nak tayang kat group whatsapp geng MGS kami jer..

Macam biasa lah www.anajingga.com bila makan sesuatu yang sedap pada selera ana akan kongsikan semula buat pembaca.Mudah-mudahan tetamu yang singgah dengan search keywords yang sesuai akan mendapat info di mana nak makan laksa dan cendol yang sedap di Teluk Intan ni. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.


kredit foto; FB

Ini lah gambar gerai Cendol Laksa bersebelahan Masjid At-Taqwa, Kampung Padang Tembak yang ana pinjam dari akaun Facebook seseorang. Kredit buat pemilik gambar ini. Jangan lupa kay, kalau nak mencuba cendol dan laksa yang sedap di Teluk Intan carilah gerai Cendol Laksa ni. 👍👍👍

4 Comments

  1. Tengok kuah laksa tu mengancam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan ZAf, laksa ni tengok pada kuahnya dah tahu sedap ke tak , hat ni memang sedap dengan selera kak Ana :)

      Delete