Petang semalam keluarkan daging dari peti sejuk. Tanya kat Adik Ika, nak masak apa daging ni? Adik Ika suruh masak sup katanya. Jemu makan nasi malam nanti ibu buatlah mihun sup.Okay , good idea anak ibu ni. Ana ke kedai runcit belakang rumah tu beli lah mihun, perencah sup, daun sup, taugeh  dan daun bawang. Balik rumah bermulalah xpdc memasak mihun sup kita.Macam laa susah sangat ye 😊😊


Resepi Mihun Sup Daging


Bahan-bahan yang ana gunakan untuk masak kuah sup daging:


Daging (potong kecil-kecil dan bersihkan)
Ubi Kentang (potong dadu )

Bahan tumisan :

Kulit kayu manis
Bunga lawang
Rempah sup ( ana guna ADABI perencah sup)
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia ( ditumbuk)

Cara masak sup daging :

Tumiskan bunga lawang dan kayu manis.Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk. 
Gaul serbuk rempah dengan sedikit air. Masukkan ke dalam bahan tumisan.
Masukkan daging dan renehkan seketika. Kemudian masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
Tambah air sedikit demi sedikit sehingga daging semakin empuk.Masukkan kentang dan tambah kan air mengikut keperluan kuah sup.
Apabila dah empuk daging dan kentang, barulah masukkan garam dan rasakan.Siap.

Untuk mihun, ana celurkan seketika selepas direndam mihun dalam sejam lebih kurang.Bahan-bahan penambah selera pula, ana taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan juga bawang goreng jika ada.Tambah enak di makan bersama sambal kicap cili api.

Cara buat sambal kicap cili api :

Cili api (mengikut citarasa masing-masing)
Bawang putih
Cuka
Kicap pekat 
Garam
Gula

Tumbuk cili api dan bawang putih sehingga lumat, masukkan kicap, cuka dan gaulkan garam dan gula.

Selamat masak memasak semua 

14 Comments

  1. wahhh , sedap pulak tgk gambar tu . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap pada selera kami sekeluarga Zafirah :)

      Delete
  2. ya.

    memang tak susah mana pun nak masak.

    janji, kita nak belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan, kena cuba dulu baru tau kan UL :)

      Delete
  3. Hujan hujan ni sedap hirup kuah panas2 dengan bihun... kagi suka kalo menu bersup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Wani, time hujan-hujan ni lapar memanjang :)

      Delete
  4. Syoknya, petang-petang makan mihun sup.. ;)

    ReplyDelete
  5. Hijau saja bihun sup tu...cantik nampak di gambar...

    ReplyDelete