Drama siri Korea : Legend Of The Blue Sea


Foto Kredit : Google Image

Terjebak mengikuti drama siri Korea ni selepas menemankan Adik Ika menontonnya pada siri pertama hari tu. Macam menarik pula nak terus follow dengan Adik Ika, maklumlah dia dah habis SPM ni banyak masa terluang. Best juga walaupun ana ni kaki telenovela Pinoy sebenarnya,layan je laa dengan anak-anak ni. Jom ana kongsikan sinopsis dari drama siri Korea Legend of The Blue Sea yang sedang di tayangkan di Channel 393 Astro Sony One HD. 





Waktu Tayangan Malaysia : 8.15p.m.-9.30p.m. (Khamis dan Jumaat)
Channel : Astro Channel 393 ( Sony One HD)

Pelakon dan watak dalam Legend of The Blue Sea


Jun Ji Hyun sebagai  Sae Hwa/ Sim Chung


Image result for jun ji hyun legend of the blue sea
foto kredit : Google Image

Pada kehiudpan sebelumnya (previous life) :
Seekor ikan duyung yang dinamakan Sae Hwa oleh Dam Ryung (Lee Minho)


Image result for jun ji hyun legend of the blue sea
foto kredit : Soompi.com

Pada zaman moden :
Seekor ikan duyung yang tidak mempunyai nama. Selepas bertemu dengan Joon Jae (Lee Minho), dia diberikan nama Sim Chung.


Lee Min Ho sebagai Heo Joon Jae / Dam Ryung


Image result for lee min ho dam ryung legend of the blue sea
foto kredit : Soompi.com
Pada kehiudpan sebelumnya (previous life) :
Anak lelaki kepada keluarga ternama Joseon iaitu Dam Ryung.


Image result for lee min ho legend of the blue sea
foto kredit : Google Image
Pada zaman moden : 
Heo Joon Jae merupakan anak kebada ahli bisnes yang melarikan diri dari rumah untuk mencari ibunya.


Lee Hee Joon sebagai Jo Nam Doo

Image result for jo nam do legend of the blue sea
foto kredit : Google Image

Jo Nam Doo merupakan rakan kepada Heo Joon Jae. Jo Nam Doo merancang kebanyakan daripada tipu helah mereka dan mengetahui maklumat sulit tentang pelbagai syarikat.


Shin Won Ho sebagai Tae Oh

Image result for tae oh legend of the blue sea
foto kredit : Google Image

Tae Oh berkerjasama dengan Heo Joon Jae dan Jo Nam Doo. Tae Oh merupakan seorang penggodam profesional yang mempunyai perwatakan pendiam.


Shin Hye Sun sebagai Cha Shi-A

Image result for shin hye sun legend of the blue sea
foto kredit : Google Image
Cha Shi-A berkerja sebagai penyelidik di KAIST.

Sinopsis Drama Siri Korea Legend of The Blue Sea:

Drama ini diinspirasikan oleh legenda Joseon yang berkisahkan percintaan antara anak lelaki kepada keluarga ternama Joseon yang bernama Dam Ryung (Lee Minho) dan seekor ikan duyung bernama Sae Hwa (Jun Ji Hyun) dalam kehidupan sebelumnya. (previous life) Dam Ryung yang baru dilantik sebagai Gabenor telah bertemu dengan Sae Hwa sejak kecil lagi. Nama Sae Hwa juga diberikan oleh Dam Ryung kepada ikan duyung tersebut semasa mereka bertemu sewaktu kanak-kanak. Konflik tercetus apabila Tuan Yang (Song Dong-Il) menyebarkan khabar angin palsu tentang sumpahan ikan duyung yang menyebabkan seluruh penduduk ketakutan dan ingin membunuh ikan duyung tersebut iaitu Sae Hwa.

Drama ini berselang-selikan latar masa kehidupan sebelumnya dan kehidupan moden. Dalam kehidupan moden, Sae Hwa bertemu dengan Heo Joon Jae, iaitu doppelganger kepada Dam Ryung (Lee Minho) sewaktu Joon Jae sedang bercuti di luar negara. Dalam kehidupan moden, Joon Jae berkerjasama dengan Jo Nam Doo (Lee Hee Joon) dan Tae Oh (Shin Won Ho) dalam pelbagai tipu helah. Sae Hwa yang merupakan seekor ikan duyung pada asalnya mempertaruhkan nyawanya untuk menjadi seorang manusia untuk mencari semula Joon Jae. Sae Hwa dinamakan sebagai Sim Chung oleh Joon Jae ketika mereka bertemu semula di Seoul selepas berlaku konflik di luar negara yang menyebabkan Joon Jae hilang ingatan tentang Sae Hwa. Kisah mereka berterusan apabila berlakunya konflik dalam kehidupan moden Joon Jae yang turut melibatkan Cha Shi-Ah (Shin Hye Sun), seorang penyelidik yang berkerja di KAIST dan sedang menjalankan penyelidikan tentang artifak peninggalan zaman Joseon,

Konflik tersebut turut diselang-selikan dengan latar masa kehidupan sebelumnya yang saling berkaitan dengan kejadian yang berlaku di zaman moden ini.


Jom kita tonton sehingga ke episod akhir drama siri Korea Legend of The Blue Sea ni kay ,Enjoy!!!




3 Comments

  1. Ni baru disiarkan ke? Lea tak boleh start tgk kang mesti tak nak tertinggal...

    ReplyDelete
  2. Mrs. A memang follow k. Ana sebab memang minat LMH dengan JJH.

    Time promo dia tu tak sabar-sabar nak tengok.

    Last Friday punya episod terlewat sikit tengok. Pastu sanggup set reminder untuk siaran ulangan pukul 3.20 pagi tu haish! boleh pulak bangun tu.

    ReplyDelete