Nostalgia Lagu Sekolah

by - Tuesday, December 27, 2016



Lagu Sekolah Horley Methodist,Teluk Intan





Inilah lirik lagu sekolah menengah yang ana dendangkan selama tujuh tahun setiap hari Isnin di waktu perhimpunan sekolah. Masih terngiang-ngiang lagi alunan piano dari bekas guru besar kami Mr Chang Kwai mengiringi alunan lagu ketika berkumandang di padang tapak perhimpunan sekolah ketika itu.

Siapa masih ingat lagi melodi lagu ini...??Jika dahulu setiap kali perhimpunan pada pagi atau petang hari Isnin,wajib menyanyikan lagu sekolah kita ini selepas lagu NegaraKu.Berdiri tegak di tapak perhimpunan selalunya di padang sekolah di hadapan makmal Sains.Dengan iringan muzik petikan piano yang dimainkan dari radio kaset.Nostalgia sungguh bila diingatkan kembali...

Semasa perhimpunan,pengawas yang bertugas akan menaikkan bendera, selepas nyanyian kita akan mendengar cikgu berleter macam-macam perkara khasnya bab displin, jika ada yang melanggar peraturan macam rambut panjang ke, seluar senteng ke, siaplah dengan penuh 'glamour' akan ke hadapan, silap-silap kena gunting rambut 'free'...Paling 'best' bila penyampaian hadiah semasa perhimpunan..bangganya rasa bila dipanggil menerima walaupun hanya sekadar piala plastik sahaja.

Namun walaubagaimanapun, mereka telah menjalankan tugas dan amanah yang cemerlang untuk mendidik kita semua.Lihatlah kini selepas 20 tahun lebih, ramai anak didik kelahiran Horley Methodist telah berjaya dalam kerjaya masing-masing.Ada yang dah jadi peguam,jurutera,doktor,guru,ahli perniagaan malah menjadi pemimpin masyarakat dan kembali berkhidmat di bandar kesayangan kita semula.Itu semua hasil didikan dan tunjuk ajar semua guru-guru kita di Sekolah Menengah Horley Methodist,Teluk Intan.

Terima Kasih Cikgu...Thank You Teacher..

You May Also Like

14 comments

  1. Wahh kak Ana mengimbau kenangan dulu dulu :D

    ReplyDelete
  2. Ala.. lupa dah lagu sekolah camne..
    Rindu lak nak nyanyi.. sekarang dok nyanyi lagu politeknik je.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Wahh unik lagu sekolah Ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lagu sekolah mana-mana pun lebih kurang je Linda kan :)

      Delete
  4. Mrs. A masih ingat lagu sekolah sebab rajin jugak join Alumni punya event :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan Mrs A bila join geng alumni ni :)

      Delete
  5. Replies
    1. lirik lagu sekolah ni lebih kurang je kan kak mala mana2 sekolah pun :)

      Delete