Rambang Mata di IKEA Cheras

by - Thursday, December 29, 2016


Hajat di hati nak tukar langsir sliding door ruang tamu rumah. Nak menjahit sendiri la kengkononnya. Tapi sejak dua menjak ni, mesin dah lama bertapa dalam stor, nak bawa keluar pun dah jauh ke dalam. Last-last teringat adik ipar ana suka beli langsir di Ikea, ana pun whatsapp dia tanya la berapa ringgit dan berapa keping. Dah dapat detail macam berbaloi sangat kalau beli sahaja, pagi Sabtu sebelum Krismas tu ana ajak suami ke Ikea. Kali ni kami ke Ikea Cheras, tak pernah sampai lagi sejak dibuka.Jom kita ke Ikea Cheras dalam misi mencari kain langsir.




IKEA CHERAS


Ikea Cheras ni lokasinya beralamat di 2A, Jalan Cochrane,Maluri, Kuala Lumpur. Kami datang ikut MRR2 terus ke Cheras dan nampak dari jalan utama tu.Kira senang juga lah nak mencari lokasi Ikea Cheras ni. Waktu perniagaannya pula mulai 9:30 pagi sehingga 10:00 malam.Kat Ikea Cheras ni, jangan risau bab parkir kereta, memang banyak dan hari tu kami dapat diskaun rate percuma sahaja parking di sini, bila scan tiket parking di kaunter cashier. 

Kadar parking di Ikea Cheras ialah seperti berikut:

Weekday 

RM2.00 for first 3 hours 
RM1.00 per hour for subsequent hour 

Weekend & Public Holiday 
RM3.00 for first 3 hours 
RM1.00 per hour for subsequent hour

Sumber : http://www.ikea.com/my/en/store/cheras/waystoikeacheras





Sama seperti mana-mana Ikea, kalau yang dahulunya kami sering ke Ikea Damansara , gedung membeli belah perabot dan serbaneka ni menawarkan pelbagai pilihan. Rambang mata, rasa nak beli semua yang nampak. Cuma paling tak larat masuk Ikea ni, kita kena tawaf seluruh department untuk sampai ke kaunter pembayaran. Adoi, bila dah tawaf tumacam-macam la yang nampak kan. 😉😉

Dari asalnya nak cari langsir, terjebak jugalah beberapa barang household termasuk dalam shopping beg. Bagi yang pertama kali nak ke Ikea, cara membeli belah di Ikea ni agak unik jika dibandingkan shopping di tempat lain. Pertamanya jangan lupa ambil shopping bag kuning tu, atau troli kalau nak beli banyak barang. Pastu kalau nak beli perabot atau item di display area tu, ambil pen dan kertas serta pembaris yang disediakan.

Bila dah berkenan item di display area tu, catatkan sahaja, nanti sampai di hujung bahagian barang-barang tu kena ambil sendiri mengikut kod yang kita catatkan, terus bayar di kaunter. Walaubagaimana pun, boleh je bertanya dengan staf Ikea yang berada di setiap department tu. Don't worry kay, sediakan sahaja fulusnya.




Balik pada cerita nak cari langsir tadi, setelah pusing-pusing separuh Ikea, sampai lah ke destinasi department langsir. Yeay!! Dapat juga lah yang diidamkan. Ana membeli dua pasang langsir jaring lace dengan harga cuma RM29.90 sepasang. Ana ambil dua pasang lengkap dah langsir di ruang tamu rumah. 



Yang best tu, suami ana lebih berminat di bahagian pokok-pokok hiudp di ruang pameran Ikea ni. Boleh dia membeli sepokok palma dengan harga cuma RM10 sahaja. Besar lak tu, berbaloi sungguh sebab kalau beli di nurseri sekali pun mencecah harga dua puluh lebih gak untuk sepokok palma.




Memang tak banyak gambar yang ana ambil disini sebab sibuk nak menyopping kan 😊😊😊Apapun memang best sesekali datang shopping di Ikea ni. Semua keperluan dan hiasan dalaman rumah ada disini. Harga pun mengikut kemampuan dan bajet masing-masing.

You May Also Like

12 comments

  1. Memang kebiasaan macam tu la kak ana..nak beli satu barang dh jadi macam2 barang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SA,kalau ke IKea ni rambang mata sungguh :)

      Delete
  2. Kalau pergi sini tak pernah kalau cuma beli satu dua barang. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa pasalnya Nani, tak leh nak pii selalu kan :)

      Delete
  3. Dua kali sampai sini, tapi asek kena marathon.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa strategi depa memang baek sangat sambil marathon sambil membeli belah haha :)

      Delete
  4. Bunda tak pernah sampai lagi... memang hajat nak pergi jugak dalam masa terdekat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom bunda, kita ke Ikea sambil rambang mata :)

      Delete
  5. Tak berkesempatan lagi ke sini, walaupun dah dekat dengan rumah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azwar, kadang-kadang yang dekat tu tak pergi2 kan :)

      Delete
  6. Wahh bestnya... saya smpi hari ni tak kesempatan lagi nak ke Ikea cheras.. menarik juga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi KK, ajak je wife ke sini,pasti meriah troli haha :)

      Delete