Santai Petang di Taman Botani Perdana,Kuala Lumpur

by - Wednesday, December 14, 2016


Isnin lepas cuti umum sempena Maulidur Rasul, selawat dan salam ke atas Junjungan Baginda, Rasulullah saw.Petang tu, memang tak tahu dah nak ke mana melepaknya.Pastu teringat pula salah satu adengan dalam drama siri yang sedang hot masa kini, Lara Aishah, tiba-tiba pula yer 😌😌Ana pun ajaklah suami dengan anak-anak ke Taman Tasik Perdana atau sekarang ni dinamakan semula sebagai Taman Botani Perdana.

Apa kaitan Lara Aishah dengan Taman Botani Perdana ni? Haha sebenarnya, lokasi dalam salah satu adengan dalam drama tu berlakon di sana lah...ketika Iskandar melamar Aishah.. πŸ˜‰πŸ˜‰.Tapi serius memang menarik dan cantik sangat pemandangan dan lanskap di sekeliling Taman Botani Perdana masa kini. Banyak penambahbaikan telah di lakukan, Alhamdulillah. Ianya sangat sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga dan bersama rakan-rakan.Tenang dan mendamaikan.Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat ana rakamkan petang Isnin yang damai itu.




Taman Botani Perdana,Kuala Lumpur


Taman Botani Perdana ni antara tarikan pelancung dan juga warga kota untuk melakukan aktiviti santai petang khasnya di hujung minggu dan juga cuti umum. Antara aktiviti yang sempat ana lihat ketika berada di sini seperti berjoging, berkelah, terdapat juga taman permainan kanak-kanak dan sebagainya. Penggemar fotografi pula tempat ini menjanjikan pelbagai sudut lanskap yang cantik untuk di abadikan. Kelihatan juga petang itu beberapa pasangan pengantin sedang melakukan sessi photoshoot di beberapa lokasi yang ada.







Kalau peminat tegar drama siri Lara Aishah pasti ingat kan lokasi di sini laa Iskandar melamar Aisaha masa tu, best sangat kan.










Ana perhatikan banyak pokok bunga orkid mekar indah di sekitar Taman Botani Perdana ni. Ia juga dibahagikan kepada beberapa spisis tumbuhan lain misalnya kelompok tanaman pokok Palma, pokok kaktus dan sebagainya mempunyai tema-tema mengikut lanskap yang sesuai.




Ramai juga pelancung dari luar negara datang ke sini. Tengok je bro tu lepak santai..dapat ke wafi tuu?? Ana try gak tapi tak dapat pun free wifi kat sini, tak cukup kuat kut 😊😊














Amacam best tak? Cantikkan pemandangan di sekitar Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Andai kata berkesempatan berada di Kuala Lumpur , jangan lupa ke sini. Berhampiran taman ini juga terdapatnya Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Burung dan diseberang jalan pula ialah Tugu Peringatan Negara. Selamat beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu .. πŸ’—πŸ’—

You May Also Like

10 comments

  1. memang cantik tempat ni Ana. Thanks posting pasal Taman Botani Perdana ni. Memang kak pun tengok juga drama Lara Aishah dan tertanya-tanya apa nama tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Mala, lanskap pemandangan disini sangat cantik, hihi lokasi lara aisyah kat sini la kak Mala :)

      Delete
  2. Jarang pergi taman kat kl.. Salu jogging dekat area berdekatan rumah je. Tapi cantik betul taman botanik kl dlm entry ni

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  3. Seronok kalau petang2 datang sini. Macam macan aktiviti boleh buat 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Nani, mendamaikan sangat pada kak ANa kalau ke sini :)

      Delete
  4. seronok dan rasa segar je kan kak ana...nanti nak ajak mak abah datang sini la...boleh diorang hirup udara segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA, disini lebih tenang berbanding Tasik Titiwangsa :)

      Delete
  5. oooo...tempat aishah ngn iskandar lepak berdua tepi tasik tu kt sini erk..cntik...

    ReplyDelete