Asam Pedas Ikan Sembilang

by - Tuesday, January 10, 2017



Ikan keli, ikan sembilang, ikan pari, ikan mayong, nak nak lagi telur ikan mayong, antara ikan yang sedap sangat kalau di masak asam pedas ni kan. Sedap tak terkata gitu kan. Kalau orang Melaka paling best asam pedas daging tetelnya la kan.Resepinya pernah ana kongsikan di SINI .Dua hari lepas, ana masakkan pula asam pedas ikan sembilang buat santapan kami sekeluarga. Teringin laa tu.. Jom ana kongsikan semula resepi nya versi www.anajingga.com


resepi asam pedas ikan sembilang

Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang


Asam pedas ni bahan asas nya sama sahaja. Cuma ikut ikan apa yang korang nak masukkan ke dalamnya kan.. Kali ini ana masak asam pedas ikan sembilang. Kena lah kenal dahulu ikan sembilang tu macam mana rupa parasnya. Ikan sembilang ni kena bersihkan elok-elok,jika tidak ia ada yang berbau juga bila kita beli di pasar. Bersihkannya dengan air bilasan beras atau air asam jawa atau pun air asam limau.In Shaa Allah tidak berbau hanyir lagi ikan sembilang kita nanti, petua juga tu cara orang lama.

Bahan-bahan yang ana gunakan ketika masak asam pedas ikan sembilang : 

2 ekor ikan sembilang (terpulang laa berapa ekor pun )
Beberapa helai daun limau purut ( ada juga yang letak daun kesom -ikut selera masing-masing)
Bunga Kantan ( ana suka aromanya- tak ada pun tak apa )
2 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa 
Garam 
minyak

Bahan Kisar
1 cawan cili kisar (cili boh pun okay je )
1 inci kunyit hidup (serbuk kunyit pun okay je )
1 inci halia
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji lada hitam (di tumbuk )
Air secukupnya -
Kalau suka boleh masukkan belacan, ana tak makan belacan jadi ana tak letak la cik belacan ni

Cara-cara masak asam pedas ikan sembilang :


Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
Masukkan ikan sembilang dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Masukkan pula bunga kantan.. Tambahkan air mengikut kepekatan masing-masing.Ana suka asam pedas yang lebih pekat baru kaw 😊😊
Biarkan mendidih lagi. Rasakan dengan garam. Apabila ikan masak elok, matikanlah api dan siap untuk hidangan.


You May Also Like

14 comments

  1. Samalah menu kita. Nani pun makan asam pedas ikan tadi. Sedaap!

    ReplyDelete
  2. Ikan sembilang ni adik beradik ikan keli kan. 😃
    .
    Memang sedap makan ikan asam pedas. Makan panas panas masa hujan. Wahh. Terliur memeikirkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang ikan keli juga dari segi rasanya, rupa tu beza sikit, tapi memang sedap masak ikan sembilang asam pedas atau kari kan :)

      Delete
  3. erm3..sedaapnyee...nnti nk try ngn ikan ni plak laa

    ReplyDelete
  4. hmmmm x pernah terpk kat asam pedas.
    aida kau ikan keli/sembilang ni ~ goreng, bakar or masak lemak aje.
    tq tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Aida asam pedaskan pula nanti :)

      Delete
  5. Kakak kalau ikan sembilang ni kerap buat kari ja...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nampak... terliur nengoknya...😅

    ReplyDelete