AVERA ACNE SERUM - Alternatif Mengatasi Masalah Jerawat Di Wajah

by - Thursday, January 05, 2017


Semua orang nak kelihatan cantik, flawless gituew kan. Senang je filter apps kan ado... Haha 😊😊. Ye laa tuu..bila berdepan secara realiti boleh pengsan tengok muka penuh jerawat dan nak-nak lagi parut jerawat bertaburan bak bintang di malam hari hari..amboi kejamnya statement 😉😉. Dalam erti kata lain, apa yang ana nak kongsikan dengan pengunjung setia www.anajingga.com hari ini, ialah satu alternatif penyelesaian masalah jerawat dan juga parut jerawat yang mungkin dapat menjadi penawar bagi mereka yang tercari-cari. 

Ana diperkenalkan dengan satu produk tempatan yang In Shaa Allah dapat membantu wanita dan lelaki diluar sana mengatasi masalah jerawat di wajah. Ianya bergantung juga pada keserasian kulit kita, kerana setiap dari kita dilahirkan dengan pelbagai jenis kulit yang mana mungkin sesuai dan mungkin juga tidak. Namun tak salah mencuba kan...tak kan nak biarkan sahaja masalah jerawat menghantui diri selamanya. Dengan mencuba produk ini, mungkin serasi dan dapat mengatasi masalah anda.Produk yang ana maksudkan disini ialah AVERA ACNE SERUM. Jom teruskan pembacaan korang untuk mengetahui lebih lanjut lagi kelebihan yang ada pada AVERA ACNE SERUM.





Wahh!!! Warna Jingga lagi kan..lagilah sinonim dengan AJ 😊😊Dah tak payah mengarut... meh ana nak cerita sikit dengan korang apa yang bagusnya bila korang memilih AVERA ACNE SERUM ni sebagai produk untuk mengatasi masalah jerawat di wajah ? 


AVERA ACNE SERUM


Setiap produk yang ingin kita gunakan mestilah kita perlu tahu apa kandungan yang terdapat di dalam formulasinya. AVERA ACNE SERUM ini mengandungi 4 bahan asas utama iaitu Minyak Argon, Witch Hazel, Aloe Vera dan Ekstrak Mulbery. Kesemuanya bahan semulajadi yang di perkaya dengan anti oksidan yang mampu mengatasi masalah jerawat pada kulit wajah.Ianya juga sesuai dengan pelbagai jenis kulit mengikut keserasiannya malah dapat merawat semula kerosakan kulit kesan dari penggunaan bahan kimia terlarang seperti Mercury dan Hyrokuinon, In Shaa Allah.




Kandungan formulasi yang terdapat pada AVERA ACNE SERUM yang tinggi dengan bahan anti oksidan merupakan ajen anti radang, menghapus jerawat,menganjalkan kembali kulit dengan peningkatan semula kolegen,membantu mengurang kedutan pada wajah,menghilangkan parut serta mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV matahari.

AVERA ACNE SERUM merupakan produk dari Syarikat Adleenur Beauty HQ yang terletak di Paka, Trengganu (SSM :UA 005529-M) Dan yang paling PENTING produk AVERA ACNE SERUM telah pun mendapat kelulusan KKM (NOT161102807K) dan bertaraf GMP .Tiada bahan kimia terlarang dan sesuai juga digunakan oleh ibu hamil dan menyusukan bayi.




Selain itu AVERA ACNE SERUM ni didatangkan dalam bentuk roll on, jadi ianya sangat mudah untuk digunakan, oleskan sahaja pada bahagian jerawat yang muncul tu. Kapsul roll on ini juga amat menjimatkan penggunaanya kerana ia tidak berlaku pembaziran dan In Shaa Allah boleh tahan sehingga dua bulan penggunaannya.Sesuai sangat dengan tag line depa :

Roll Roll Teruih Segak Jelita
Roll Sikit Jer Sampai Licin
Roll Sampai Licin Tau!!





Okay, jelas dah kan kandungan serta kebaikan produk AVERA ACNE SERUM. Jadi tak salah mencuba mana tahu mungkin serasi dengan masalah kulit wajah korang yang berjerawat.


Pengalaman AJ menggunakan sendiri AVERA ACNE SERUM 




Meh, nak kongsikan sedikit pengalaman ana sendiri menggunakan AVERA ACNE SERUM ni dengan korang semua. Siapa kata dalam usia 40-an ni tak naik jerawat. Tiap kali bila munculnya 'purnama merindu' atau bak kata pepatah 'bulan mengambang' muncul juga seketul dua jerawat di wajah ni. Kebetulan masa ana terima produk ni, ada lah sebiji sang jerawat muncul di bawah dagu. Ana oleskan roll on AVERA ACNE SERUM ni dan Alhamdulillah, nampaknya serasi dengan kulit ana dan ia cepat mengecut. Ana ni jenis tak berani picit jerawat, jadi ambil masa lah juga nak hilangkan parutnya tu. Tapi ana yakin dengan penggunaannya secara konsisten lama kelamaan parut jerawat ni juga dapat dihilangkan. 

Untuk lebih banyak testimoni, mari ana kongsikan disini beberapa testimoni yang ana dapati dari Facebook rasmi AVERA sebagai rujukan.






Image may contain: 2 people, text


Ermm, amacam? Menarik tak? Kalau korang berminat nak mencuba sendiri produk AVERA ACNE SERUM ni boleh sahaja singgah ke laman-laman sosial yang ana berikan di bawah ini atau hubungi terus no whatsapp yang disertakan. In Shaa Allah jika serasi dengan kulit wajah kerana lain orang lain jenis kulit nya, masalah jerawat korang pasti dapat berasa lega kan.


Hubungi :

Whatsapp :

017-924 5937 
atau 
011-1091 1745



You May Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. Avera ni agak serasi dengan kulit wajah kak ana NH :)

      Delete
  2. kita makin berusia makinlah jaga kulit. penuaan makin menurun, kolagen pun sama. huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa cikkyra, semakin meningkat usia kak ana makin ambil berat soal penjagaan kesihatan dan wajah juga :)

      Delete