Coretan Tahun Baru 2017 dari Teluk Intan

by - Tuesday, January 03, 2017





Sabtu,31hb Disember 2016,hari terakhir tahun 2016.Ana, suami dan Adik Ika balik ke Teluk Intan untuk mengambil Kak Long dan melihat baby ahli baru keluarga kami, anak sepupu ana, Anom yang telahpun berusia 2 minggu.Tak sabar nak jumpa baby boy adik Alif dan Afiq ni. Dah sampai kampung memang tak ada aktiviti lain lah selain acara masak makan sahaja. 





Malam tu kami awalnya bercadang nak ke Dataran Menara Condong nak sambut countdown 2017.Tapi dah keletihan sangat last-last pakat lepak kat rumah Wancu di kampung. Sedapnya tido, sejuk sampai ke tulang malam tu.Memang ini lah nikmat tidur di kampung halaman ana ni, kalau malam memang sejuk sangat.

Esoknya ana dah janji awal-awal lagi nak pi makan laksa kat Masjid Taqwa dengan Nonie, Ida dan Nani, bff kami ni.Petang 1hb Januari 2017 tu dalam jam 5 petang, ana drive Cik Xia ambil Nonie kat rumah dia, kemudian singgah ambil Ida. Nani tak dapat join sebab ada saudaranya datang ke rumah. Kami pun laju je menuju ke gerai Cendol Taqwa. Tup! Tup! Gerai tu tutup pula, memang tak ada rezeki laa nak makan cendol petang tu.

Nonie ajak ke sebuah restoran seafood berdekatan TF lama. Dan disanalah kami berjimba berborak sampai hampir waktu Maghrib dan ana hantar semula kedua-dua sahabat tersayang ni ke rumah masing-masing. 




Walaupun baru sahaja tak sampai sebulan selepas reunion MGS, kalau ada sahaja kesempatan, ana balik pasti mencari peluang untuk sahabat-sahabat tersayang ni. Rindu sangat rasanya.Sebelah malamnya pula, Adik ana, Lan ajak makan diluar kami sekeluarga. Lepas makan di gerai makan Padang Tembak, kami ke menara condong, atau orang Teluk Intan panggil, ke pekan. Sekadar makan angin malam tu dan Lan sewa skutter untuk pusing-pusing menara. 




Abah ana paling seronok malam tu duk try naik skutter bergilir dengan cucu-cucunya. Inilah corat coret sambutan tahun baru 2017 yang sempat ana kongsikan buat tatapan pengunjung setia www.anajingga.com. Selamat melayari hari-hari dengan penuh liku dan cabaran yang menanti kita semua jika diizinkanNya untuk terus bernafas di sepanjang tahun 2017 ini kelak. 

Terima kasih di atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama setahun yang lalu. Semoga diizinNya jua ana untuk terus menulis dan berkongsi kebaikan buat semua insan di atas muka bumi ini. Yang baik semuanya dari Dia dan yang khilaf adalah kerana diri ini hanya insan kerdil yang menjadi hambaNya di atas muka bumi yang tidak sempurna dan sentiasa mencari keredhaanNya di setiap helaian nafas. In Shaa Allah.

You May Also Like

12 comments

  1. Amboi abahnyaa...gagah main ngn cucu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah laa Sha, tok yang suka kan main naik skutter tu hihi :)

      Delete
  2. assalamualaikum ana..wah !! seronoknyakan dpt balik kg sendiri...dpt jumpa kekawan lama sekali...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, ermm tu laa dah jadi ketagih lak setiap kali balik mesti nak jumpa geng haha :)

      Delete
  3. Replies
    1. waalaikumsalam reen,terima kasih atas kunjungan, selamat tahun baru 2017 :)

      Delete
  4. Replies
    1. tu laa cikkyra, suka sangat atok main skutter :)

      Delete
  5. Wahh seronoknya sambut tahun baru dekat kampung. Heheh. Moga 2017 memberi lebih banyak kebahagiaan buat kita :)

    ReplyDelete
  6. bila la dapat pergi teluk intan ni. walhal kalau balik kedah, mesti lalu sini. hehehe.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, satu hari nanti ejoy akan sampai juga ke sini :)

      Delete