Ikan Terubuk Masin Dari Sarawak

by - Monday, January 16, 2017





Menyelerakan sungguh ikan terubuk masin goreng bersama bawang besar dan hirisan cili api. Paling sedap menikmati kerangupan sisik nya tu. Ikan terubuk masin ni kena goreng garing baru tak terasa sangat tulang-tulang halus yang terdapat pada isinya. Bagi ana, makan ikan terubuk masin goreng ni dengan nasi putih panas bersama ulam-ulaman dah satu nikmat selera yang amat sangat. Ye laa kan selera orang kampung macam ni laa gayanya.


Ikan Terubuk Masin Sarawak





Ikan terubuk masin ni pemberian sepupu ana, Effa. Baru-baru ni Effa sekeluarga balik ke kampung mertuanya di Samarahan, Sarawak. Macam selalu, macam-macam buah tangan akan dia berikan untuk kakak sepupunya. Kali ini ana dapat ikan terubuk masin, kek lapis Sarawak, Biskut Sarawak yang viral tu tak ingat pula namanya sebab dah habis di makan dan yang paling best Minyak Angin Freshcare.

Berbalik pada kisah ikan terubuk masin ni, sebelum menggorengnya, pastikan potong kecil-kecil dan rendam seketika di dalam air. Sebabnya ia diperap dengan garam yang banyak di bahagian dalam. Memang masin sangat jika kita tak merendamnya terlebih dahulu. Lepas tu, boleh lah di goreng dan masukkan hirisan bawang besar dan cili api potong. Wallaaa memang heaven sangat.

You May Also Like

10 comments