TABLE OF HARMONY - Bukan Sekadar Hidangan

by - Thursday, January 26, 2017



Hai semua...mood cuti dah sekarang ni kan...maklumlah tak lama lagi kan nak menyambut perayaan Tahun Baru Cina..cuti panjang gitu. Bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya, dapat meraikan serta merayakan pelbagai perayaan bersama-sama dalam satu suasana yang harmoni dan perpaduan. Seronok sangat.

Dah bercerita tentang perayaan Tahun Baru Cina ni, korang dah tengok belum satu webfilm dari TNB sempena Tahun Baru Cina 2017? Best tau!! Nak tahu kenapa ana kata best, sebab tu korang kena tonton sendiri. Tak yah risau kat mana nak tonton, nii haa ada dah ana letakkan di bawah ni..jom kita layan dulu, nanti ana sambung cerita apa yang best tentang webfilm TNB ni 😉😉





Amacam?? Menarik kan.. Apa yang korang dapat dari sebuah klip webfilm ni..apa kata orang moral of the story?Selain daripada adengan kungfu style , pakaian tradisional yang cantik cuba kita perhatikan sesuatu yang cuba di sampaikan melalui video dua minit lebih kurang ni. Okaylah..pada pandangan ana, video ini membawa mesej yang sangat baik untuk kita semua menghayatinya.


Setiap kali munculnya perayaan Tahun Baru Cina, makan malam keluarga adalah salah satu acara yang amat penting bagi mereka. Ia dimana seluruh anggota keluarga akan makan bersama dan ketika inilah mereka kembali erat dan bersatu hati. Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengetepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. Ambillah detik kemeriahan makan bersama menjadi titik tolak merapatkan semula perhubungan sekiranya pernah tercalit persengketaan.

Bukan apa juadah yang terhidang yang menjadi fokus utama dalam sesuatu majlis makan besar ni. Bukan semua keluarga mampu menyajikan hidangan yang mahal dan lazat tetapi apa yang lebih penting ialah siapa yang turut serta dalam majlis makan malam ini. Ia bermakna ,ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja.

Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelegahan di musim perayaan, apatah lagi di dalam keluarga yang ramai.Sepatutnya perbezaan diraikan bukan diketepikan.Ini jelas, dalam apa budaya dan perayaan sekalipun, bila dah ramai akan terdapat pelbagai perbezaan pendapat dan masing-masing ingin menjadi terbaik, kan.. apa kata persaingan ini kita jadikan sebagai satu persaingan yang positif di mana hasilnya, kita mendapat satu hasilan yang terbaik diantara yang baik-baik. Menarik bukan?? 

Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis, saiz dan rupa,begitulah juga ahli keluarga kita. Bak kata pepatah, macam-macam ada..ia memberikan satu suasana harmoni dengan pelbagai kerenah yang bersatu dalam sebuah ikatan kekeluargaan dan saling melengkapi.Ia membawa makna yang jelas dalam ungkapan, 'Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh'. Bulatkan kasih sayang dalam kekeluargaan agar kita menjadi satu ikatan yang kukuh.

Akhir sekali, apa yang dapat ana simpulkan ialah Kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain. Tidak akan hadir rasa bahagian sekiranya kita tidak mencapai satu titik noktah perkongsian kasih sayang antara ahli keluarga. Ciptalah benih kasih sayang yang akan membuahkan satu nikmat kebahagiaan dalam ikatan.


Wahh!! Sangat simbolik kan apa yang dapat kita terjemahkan dari video di atas.Semoga ia membawa satu aspirasi baru sempena Tahun Baru Cina 2017 ini kepada kita semua hendaknya 💗💗

Eh!Eh! Tungguuu tak habis cerita lagi tentang TABLE OF HARMONY ni. Korang tahu tak korang pun boleh join sekali dalam memeriahkan kempen TABLE OF HARMONY ni tau. Nama lagi harmoni kan jadi lebih ramai lebih meriah. Macam mana nak join? Meh sini, ana share sebab ana sendiri dah join dan dah dapatpun jawapan kepada nama hidangan misteri ana..Korang kena cuba sendiri kay...Caranya....


2. Klik di " Watch Cooking Hustle ".

3. Kongsikan Webfilm ni di Facebook Timeline korang.

4. Klik di " Unveil Mystery Dishes ", kemudian " Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table ".

5. Pilih jawapan korang.

6. Klik " Unveil Your Dish".

7. Akhir sekali " Share Result " atau " Post as GIF "


Haha..korang nak tahu tak apa jawapan atau menu yang sesuai untuk anajingga ...Taa daa!!!




Hidangan Misteri Anajingga ialah Three Cup Chicken yang membawa maksud seperti hidangan klasik, saya seorang yang beraneka perisa yang suka memberi kejutan dan kegembiraan kepada semua termasuk rakan-rakan lama...Yeay!! Macam kena je dengan sifat semulajadi ana.

Jadi..korang semua jangan lupa join tau!!
 TABLE OF HARMONY 
 dan dapatkan jawapan apakah hidangan misteri 
yang sesuai dengan  korang.. 


Untuk keterangan lanjut sila ke : 

Facebook : TNBCareline

atau 


atau 

You May Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. hihi jom NN kita try pula menu yang sesuai untuk NN :)

      Delete
  2. Ha...ha..menarik juga kan...suke tengok pakaian trasisional mereka..si pemakai pulak comei...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Ogy, AJ minat sungguh dengan kostum tradisional macam ni :)

      Delete
  3. Suka tengok webfilm dari TNB tu.. menarik dan sangat memberi makna.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ada mesej yang tesirat didalam tvc CNY TNB ni kan :)

      Delete
  4. motif : foods unite people terutamanya family members hii.. nak gelak tengok iklan ni..haa...good luck kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup wani, maksud disebalik webfilm yang menarik ni kan:)

      Delete
  5. Menarik la Ana! Nanti Ajim nk try buat jugak nanti. heee. tapi video tak tengok lagi. sebab nak save data. LOL.
    Jom buat Roti Sosej Cheese Leleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Ajim , nanti jumpa wifi jangan lupa tonton kay, memang best :)

      Delete