Bermula dari perbualan gurau senda kami sepupu sepapat dalam group whatsapp Cucu Opah Kita memberi idea untuk mengadakan permainan badminton antara ahli group ketika cuti panjang Tahun Baru Cina yang lalu. Di suara kan sepupu ana, KoE dan Yen akhirnya Alhamdulillah pada malam Ahad 28hb Januari 2017 lepas kami gather-gather beberapa orang sepupu dari sebelah abah ana untuk bermain badminton di dewan SMJK (C) San Min, Teluk Intan.

Subhanallah seronok sebab semua yang hadir spotting habis bermain bersama-sama beberapa games. By the way hakak memang tak main punggg.. haha..salah satu sebabnya kerana bimbang slip disc yang ana alami membuatkan cuak nak aktif tak tentu hala. Apapun alasan jer tu, sebab sebenarnya ana ni memang tak reti main sukan apapun. Pecah tembelang sudaaa .. okay abaikan sahaja. Yang penting kami dapat berkumpul berjumpa adik beradik sepupu yang jarang-jarang dapat bersua mesra kerana masing-masing dah ada komitmen dan tinggal pun berjauhan.




Lebih seronok apabila pak dan mak saudara turut juga datang. Mak dan abah ana, pak uda dan mak uda, mak yang dan acu dan cik Ali. Mak ngah je tak dapat hadir sebab tinggal jauh di Kampung Gajah, acara pun sebelah malam jadi tak dapatlah mak ngah join kami malam tu.Rindu Angah 💗💗

Pak Uda, Acu dengan Acik Ali steady lagi boleh main, abah tu teringin gak tapi main tepi gelanggang je laa layan cucu-cucunya hihi. Sepupu ana yang lain yang terre main macam Ejai, Yen, KoE, Alang, adik ana Lan, suami ana pun wakilkan isterinya laa yee..termasuk anak buah ana Haris. Wakil perempuannya Ima.


Lepas main beberapa games sehinggalah lebih kurang jam 11 malam, kami beredar balik. Maklum lah bawa warga emas kan mana boleh lewat malam sangat hihi. Apapun tahniah kepada KoE dan semua adik-adik sepupu ana yang hadir malam itu. Niat dan usaha murni walaupun sebesar mana sekali pun pasti mendapat ganjaran pahala dariNya jua. Semoga ikatan ukhwah antara kami akan kekal terjalin dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang yang berpanjangan. Andainya arwah opah masih ada dan melihat keakraban cucu cicitnya pasti arwah akan rasa seronok sangat.Al-Fatihah buat arwah opah kami. 

Sebagai detik detik kenangan terindah ana abadikan di sini beberapa keping lagi foto semasa permainan badminton malam itu. Thank you kazen 💖💖





Antara pengadil malam tu Ima dan Alang :) Berbagai aksi juara-juara badminton Teluk Ensen malam tu ..










 Ini pula wajah-wajah comel cicit opah kami, Kak Jah dengan Aisy.Ramai lagi cicit-cicit opah yang datang tak ada dalam simpanan ana pula gambar depa.




Acara penutup malam tu mak yang menghadiahkan kami-kami kaum ibu dan anak-anak tupperware. Wahh untung tak main pun dapat hadiah haha..Sebelum balik , mereka buat collections untuk bayar sewa dewan dan bulu tangkis. Semoga berjumpa lagi di lain program, In shaa Allah...caiyok caiyok Cucu Opah Kita !!



6 Comments

  1. wah best main badminton...erat siratulrahim sambil keluarkan peluh....abang halim main sekali tak kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ARZ kan champion badminton, main gak ARZ wakilkan mem nya yang kaki bangku ni haha :)

      Delete
  2. best main badminton. baik utk kesihatan. blogwalking dan klik iklan menarik di sini. :)

    ReplyDelete
  3. Badminton antara salah satu aktiviti best, mudah dan dapat manfaat.

    Ye la, dapat eratkan silatulrahim and dalam masa yang sama boleh improve kesihatan. Heheh! Good job

    best regards,
    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Pojie, yang pentingnya dapat beramah mesra antara saudara mara terdekat sesekali kan :)

      Delete