KFC Hipster di Bandar Country Homes

by - Wednesday, February 08, 2017


Inilah namanya pengaruh iklan. Walaupun ana sendiri terlibat dalam dunia pengiklanan melalui blog dengan pelbagai penulisan review, bermain dengan keywords dan mempromosikan serta product awareness di media sosial, tapi terpengaruh juga dengan iklan di tv. Baru-baru ni, kan KFC mengiklan kan ayam goreng cheese cendawannya, bila tengok jer, terus teringin ya amat nak makan.Meleleh melimpah ruah tengok limpahan sos cheese cendawannya. Payment job pun masuk malam tu, ana ajak lah suami dan anak-anak ke KFC yang baru sahaja beroperasi di Bandar Country Homes. Haa jangan tak tahu, BCH dah ada cawangan KFC tau..




Inilah dia KFC Cheezy Mushroom yang ana order di KFC. Cuba bandingkan dengan poster dan iklan di tv. Ana mati-mati ingatkan ada menu baru dari KFC rupa-rupanya pilihan ayam goreng biasa sama ada Hot & Spicy atau Original, bezanya cuma sos cheezy mushroom tu sahaja di samping cheezy ball yang dalamnya ada cheese tarikkkk tu.😃😃 Tapi sedap laa sos cheezy mushroom tu. dan menu ni pun murah serta mengenyangkan. Ok ana..pasni tak yah terpengaruh sangat dengan iklan kay. 



Image result for kfc mushroom cheese malaysia

Oh ya, apa yang ana nak highlight kan disini ialah cawangan KFC di BCH ni yang baru sahaja dibuka ni, interior dalamannya sungguh hipster. Beza la dengan mana-mana KFC yang pernah ana singgah sebelum ni. Mungkin ini tema dekorasi dalaman mereka yang terkini kan. Jadi untuk cawangan baru seperti di BCH ni, dapatlah dekorasi ala-ala hipster gitu. Best!!




Amacam.. cun kan deko dalaman KFC ni. Sempoi, santai gitu.. menarik kan. Erm sebenarnya ramai orang makan kat restoran ni, buka la sunyi sepi macam dalam gambar ni. Ana sahaja ambil gambar dari sudut yang tak menampakkan orang lain kan. 


Sama macam mana-mana cawangan lain,KFC ni juga ruang makan di tingkat atas dan kaunter belian dan pesanan di bawah. Seronok juga la dah ada KFC berdekatan habitat kami ni, mudah je kalau sesekali nak makan KFC,


You May Also Like

10 comments

  1. Kakcik sejak duduk di rumah ni dah pandai pesan KFC melalui khidmat penghantaran je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi senang kan kak cik makan kat rumah je dengan keluarga :)

      Delete
  2. wow..seriusly hipster. tp ssh parking kat area kfc tu mcm crowded. sy biasa g mkn kat blkg tu.restoren cina muslin adnan Lee kot namanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. area tu agak susah juga parkir waktu siang MAY tapi malam okay, Haah Adnan Lee, MAY tinggal berdekatan BCH ke ?

      Delete
  3. bila baca bab terpengaruh ngan iklan ni, teringat balik cara pengambilan gmbr produk makanan utk iklan. macam2 di buatnya supaya nampak sedap.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Siti haha itulah teknik pengiklanan sebenarnya menarik minat pembaca melalui video dan foto :)

      Delete
  4. Unik la restoran KFC ni. Kat sini uhh kelam. Tapi bab makan KFC yang bebola cheese tu memang best.

    Anak-anak saya cukup suka.

    Jom Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

    ReplyDelete
    Replies
    1. KFC cawangan baru HH dekorasi pun baru :) Sedap juga bebola cheese ni kan

      Delete
  5. KFC dah mula upgrade ada juga kawasan sini dah ubah design

    ReplyDelete