Masak Lemak Ikan Rebus Dengan Kangkung Puteri

by - Friday, February 24, 2017




Ikan rebus ni bagi yang tak kenal ialah ikan kembung yang dikukus kemudian dijual semula. Istimewa pula kalau ikan rebus dari Teluk Intan, my hometown ni ianya menggunakan ikan pelaling segar dari laut. Jadi isinya lembut dan tidak keras lekung macam yang ana lihat dijual di kebanyakan pasaraya di sini. Ikan rebus dari pasar Teluk Intan memang femes di kalangan penduduknya. 

Baru-baru ni,mak datang ke rumah dengan adik ana dan tinggal untuk beberapa hari. Macam biasa lah, mak kalau datang macam-macam diangkutnya dari kampung dan yang best kali ni mak bawa ikan rebus feveret anaknya ni.

Dalam duk berborak dengan mak petang tu, kami terkenang masakan ikan rebus dengan sayur kangkung puteri ketika ana masih kecil-kecil dahulu.Mak pun kata lama dah tak makan sayur kangkung puteri ni dah tak jumpa di kampung kami sendiri. Petang Khamis disini ada pasar tani. Ana ke pasar tani dengan suami dan nak rezeki mak agaknya terjumpa pula sayur kangkung puteri dijual disitu.




Bagi yang tak mengenali, inilah rupanya sayur kangkung puteri. Sekali pandang macam daun semalu tapi ia tidak berduri. Sayur kangkung puteri hidup di kawasan berair seperti di dalam parit-parit di kampung.Rasanya ada rasa petai dan baupun macam petai apabila dimasak.

Mak masakkan gulai lemak ikan rebus bersama sayur kangkung puteri yang dibeli. Sama la macam kita masak lemak ikan yang biasa tu bahan-bahannya seperti bawang merah, cili api, santan dan mak masukkan asam keping untuk rasa masam sedikit. Kemudian masukkan sayur kangkung puteri yang telah dibersihkan bersama ikan rebus yang dibuang kepalanya. Didihkan sehingga masak dan rasakan dengan garam. 

Memang sedap pada selera kami sekeluarga. Ana dan mak meratahnya sahaja dan makan dengan nasi. Anak-anak kurang minat pula. Selera orang kampung macam kami ni dah berusia barulah suka makan masakan ibunda sebegini. Jadi kalau korang tahu masakan ni, bolehlah cari sayur kangkung puteri dan masak lemak kay.

You May Also Like

8 comments

  1. Ya Allah, dia sejenis kangkung ke...kak AJ tau, baru ni Sally g Chiang Mai...dok fikir laa daun ape ni masa nak beli kerabu...tanya kat org dia macam itik dengan ayam sama x paham! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha macam mana nak tanya itik ye Sally, haah di kampung kak ana panggil kangkung puteri sayur ni, rasa dan baunya macam petai Sally :)

      Delete
  2. Hurm... sama pulak dengan sayur yang Mrs. A panggil pucuk tangki/tangkis ke sayur yang sama ke lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama agaknya Mrs A kan, lain daerah lain panggilan sayur-sayuran kampung macam ni kan :)

      Delete
  3. Masa baja tajuk entry tadi duk pikir juga macamana rupanya kangkung puteri ni...tengok2..oh, kat sini kami panggil keman air..yalah dia kan macam daun semalu juga tapi batangnya besar & lembut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Kak Mala, macam semalu daunnya dan batang besar dan lembut, keman air ye kak, lain tempat lain panggilannya kan :)

      Delete