Pembelian Pin Nombor UPU 2017

by - Monday, February 13, 2017


Klik untuk besarkan gambar


Pembelian Pin Nombor UPU 2017


Hari ni ana menemani Adik Ika ke BSN Sungai Buluh untuk membeli pin nombor permohonan UPU online.Ini kerana BSN cawangan Rawang sebelum ini ditutup sementara untuk urusan ubah suai. Rupa-rupanya dah mula beroperasi semula mulai hari ini 13hb February 2017. Tak apa lah dapat juga ke Sungai Buluh makan tengahari Nasi Mmanggei, hihi.

Okay, sedikit info buat pelajar lepasan SPM 2016 sebaya Adik Ika, bolehlah ke mana-mana kaunter BSN, isikan slip dengan nama penuh dan nombor kad pengenalan. Ambil nombor giliran, dan ke kaunter membelinya dengan harga RM 15.65. Sebelum meninggalkan kaunter pastikan check dahulu nombor kad pengenalan yang tercetak adalah nombor kad pengenalan pelajar kay.




BSN ni memang mencabar lah bab menunggu, banyak kemudahan yang serba canggih telah di sediakan, tapi kaunter hanya dua buah sahaja yang beroperasi pagi itu. Kami menunggu hampir dua jam untuk sampai ke giliran Adik Ika. Ini pun belum lagi bertembung dengan pembayaran BR1M tak lama lagi,jika tak mahu separuh hari terpaksa menunggu. BSN ni banyak perkhidmatan yang ditawarkan melaluinya namun itu lah masalah masa menunggu yang agak mengecewakan. Semoga dapat di perbaiki dan lebih efisyen lagi di masa akan datang. KIPIDAP BSN!!

You May Also Like

6 comments

  1. ok..nak share link blog dekat anak2 murid dayah la kejap lagi..terima kasih ibu ana =) kongsikan info

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat buat anak2 murid cikgu Dayah:)

      Delete
  2. lama dah tak terjebak dengan no upu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana teman kan anak Raihanah urusan UPU semua ni :)

      Delete
  3. Info berguna untuk lepasan spm/stpm

    ReplyDelete