Pengat Pisang Berjagung

Pengat ni bahasa orang Perak panggil untuk bubur manis. Biasanya kami panggil pengat macam pengat pisang, pengat labu dan sebagainya. Dalam erti kata lain pengat bermaksud bubur pisang gitu. Tapi selalunya pengat ni menggunakan gula merah. Sama je sebenarnya pengat dengan bubur kan.





Pisang ni pemberian dari jiran belakang rumah ana yang baru di tebangnya. Banyak gak dalam dua sikat, pisang gemuk-gemuk lak tu. Sebelumnya ana buatkan pisang goreng buat menu minum petang. Pastu ada sesikat lagi, ana teringat nak pengatkan sahaja.Nak jadikan lebih sedap ana tambahkan jagung. 

Bahan-bahan pengat pisang berjagung :


Pisang (belah dua)
Santan pekat 
Jagung tin
Gula (ikut rasa )
Daun Pandan
Secubit garam

Cara-caranya :


Masukkan santan pekat, gula, pisang ke dalam periuk dan didihkan sehingga masak.
Kemudian bolehlah masukkan jagung tin dan secubit garam serta daun pandan sebagai menambah aromanya.
Kacau sentiasa agar tidak pecah minyak.Siap untuk satu sajian tradisional Melayu lama.

Menu pengat seperti ini makin hari makin terpinggir. Anak-anak ana sendiri kurang meminatinya. Kalau dahulu, inilah antara menu pencuci mulut yang kami ada. Nak-nak lagi untuk juadah berbuka puasa. Mak dahulunya suka masukkan sagu. Tapi sagu ni, ana sendiri pun kurang berminat. Dan ana gantikannya dengan jagung. Boleh sahaja kita variasinya seperti menambahkan kacang merah dan sebagainya agar bertambah enak di makan. 

17 Comments

  1. Sedapnyaaa kak Ana 😊 Lama tak makan pengat pisang

    ReplyDelete
  2. Favourite ni Pengat Pisang Berjagung.. Plus durian lagi best.. Tapi 'mabuk' ke nanti? Hehe..

    www.erazfadli.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mana ada mabuk lak EF, mesti ngam punya laa :)

      Delete
  3. yummy! Mrs. A pun suka makan pengat pisang berjagung.

    Eh! blog k. Ana sudah tukar ka!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole la bantu kmi orang naik grade... nak tengok blog awak. give me feedback.

      Delete
    2. Hihi gugih tukar template Mrs A, jemu gak hat lama tu dah bertahun :)

      Delete
  4. Wissh.... Bestnya recipe mcm ni... nak masak la.... lapar lapar la sudah hahahah... :D

    MMM... where's the admin, can I talk

    ReplyDelete
  5. Favorite saya bubur jagung! tapi yang ni pun boleh la sebab dia ada jagung juga kan haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubur jagung pun kak ana suka gak SS ni cuma buh pisang je jadi la pengat pisang berjagung :)

      Delete
  6. nampak sedap buat makan petang. boleh try nanti

    ReplyDelete
  7. Sedapnye... pengat pisang...

    Bonde tag Kak Ana

    http://www.bondezaidalifah.com/2017/02/1st-contest-shazyanas-tupperware-2017.html

    ReplyDelete
  8. Yummy 😋😋
    Dah lama tak makan

    ReplyDelete